Hadaf Hidup

Best Blog Tips 10:58 PM 0 Comments


Masih terngiang ditelingaku nasihat Asy Syahid Ust Lutfi.

" Hidup kita ini untuk memberi manfaat kepada orang lain. Allah jadikan kita untuk orang sekeliling kita."

 Aku bukanlah orang baik, terlalu banyak ruang hidup yang sedang dibaiki, apatah lagi aku juga bukanlah orang alim yang mampu mencurah hikmah kepada masyarakat. Namun, aku cuba untuk mematri nasihat asy syahid dalam kehidupan.

Tegur aku wahai sahabat jika langkahku tersongsang. Pandu aku saat aku kabur dalam memilih jalan. Maafkan jika banyak tindakan aku mencalari hati kalian.

 Sungguh, terlalu banyak aku kena belajar dalam kehidupan ini! .

 Junaidi Ahmad 
 02/06/2016

Nafas Baru

Best Blog Tips 11:29 PM 0 Comments


dan kini sekian kali kembali
lama menghilang tak bererti mati

sendi masih bernyawa
jiwa masih mekar
dan jemari masih mampu menari

tiada lain
hanya untuk diri sendiri
nafas baru

Gema Suara
Junaidi Ahmad
010616

Ihfazillah yahfazka

Best Blog Tips 12:02 PM 0 Comments



Nabi pernah berpesan kepada Ibn Abbas, "ihfazillah yahfazka" atau mafhum hadis penuh seperti dibawah

"Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: "Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:
“Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Jagalah Allah nescaya Allah akan mejagamu. Jagalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)."
 (Riwayat Ahmad no. 2669, al-Tirmizi no. 2516 dan al-Hakim no. 6302)

Maka, selayaknya kita sebagai muslim harus pasak dalam diri, inilah aqidah kita!

Korbankan cinta kita pada hal yang lain untuk mengutamakan Allah. Bukan soal solat dan urusan perintah Allah sahaja, bahkan soal rezeki dan segala hal yang lain.

Tiada ruang untuk kita menyerahkan pada yang lain selain Allah dalam kehidupan ini.

Allahuakbar! Allah Maha Besar - selari dengan ungkapan takbir ini sayugialah kita memuhasabah diri untuk terus membesarkan Allah.

Moga Allah memandu hati kita.

faqir ilallah
junaidiahmad