Ia memanggilmu..

Best Blog Tips 8:55 AM

Bismillah walhamdulillah.

Ramai yang mengakui kematian itu datang secara tiba-tiba, namun malangnya ia tidak menjadikannya jiwanya takut kepada Allah lantaran hanya menjadikan ia hanya kepercayaan bukan sebuah keyakinan.

Kalau mereka yakin, manakan sempat mereka bermaksiat kepada Allah. Manusia yang yakin bahawa kematian itu datangnya kadangkala tanpa memerlukan wasilah seperti kemalangan, sakit atau sebagainya akan beramal sebaik mungkin untuk menghadapi hari yang tidak bertarikh itu. Kematian itu akan menjemput meskipun ketika mereka sihat sedang berjalan atau bercakap andai itulah ketetapan Allah.

Ya, kita sudah lihat manusia meninggal dipembaringan akibat kanser atau tua. kita juga pernah lihat manusia meninggal akibat kemalangan ngeri atau kebakaran. Hal inilah yang menjadikan kita yakin bahawa kanser, tua, kemalangan atau kebakaran itu adalah menghampirkan kita dengan kematian, tetapi hakikatnya bukan begitu. Sebenarnya setiap hari kita hampir dengan kematian. Ketika tidur, mandi, makan, solat atau segala aktiviti harian kita, ajal itu akan jua mendatangi.

Aku kongsikan beberapa video kematian. Moga ia menambah keyakinan kematian itu hampir dengan kita, bahkan terlalu hampir.












Bagaimana sekarang? Masihkah ada niat dihati untuk bermaksiat kepadaNya? Lupuskanlah niat itu, jangan sampai nyawa dicabut diwaktu sedang bermaksiat kepada Allah.

Ayuh, kita bersiap menghadapinya!

~di hari akhir
03 Nov 2011
Bumi Wakafan MADI

2 Catitan sahabat:

ainhany said...

salam dik junaidi,

innalillahiwainnailahirojiun..
Sama2lah ingat panggilan kematian setiap masa...
dan terima kasih atas perkongsian ini...

Subhanallah....semuga mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurgaMU bersama org soleh. AMIN.
Mohon dikongsikan n3 ini..

junaidi ahmad said...

wslm akak.
insyaAllah, sma2 doa agar Allah tak lalaikan hati kita.

=)