kembali padaNya
betapa perlunya diri ini kembali
fitrah suci yang mendamaikan hati
menghilang kegusaran jiwa
dihina, dimaki dan dicaci
senyum tetap terukir
diri benar-benar menjadi tegar
melalui kehidupan yang penuh rencam
berbeza ketenangan yang dicipta
hanya sementara dan selalunya gagal
carilah ketenangan dihadapan Ilahi
bersujud padaNya, merintih padaNya
menyebut namaNya dan sentiasa bersamaNya
Oh alangkah bahagianya
itulah kekasih sejati ;sentiasa bersama
saat suka dan duka
tetap terasa manis
Allah...
30 Mei 2011
Kuala Terengganu
Labels: puisi
suara bumi
bila waktu suara ulama' tidak didengari
biarkan saja bumi berbicara
masih pekakkah mereka?
Arau, Perlis
Labels: puisi
Tanggungjawab pemuda
Bismillah walhamdulillah
Menurut Dr Yusuf Qaradhawi, empat tanggungjawab pemuda Muslim hari ini :
1. Memahami Islam secara sahih
2. Mengamalkan Islam yang difahami
3. Menyebarkan Islam
4. Menggabungkan diri dengan jamaah Islam
15 Mei 2011
Kangar, Perlis
Labels: Tarbawi
Satu Muhasabah
Bismilah walhamdulillah.
Angin petang itu amat damai. Menyapa lembut. Dedaun kering jatuh ke tanah tanpa sebarang bunyi. Awan berliuk-liuk dilangit biru menampakkan lagi indahnya ciptaan Allah.
Di atas pelankin kayu aku duduk bersama sang ayah. Wajahnya tenang. Setenang bayu pagi.
Sambil menghirup jus tembikai kami bersembang dan bermesra. Bukan sentiasa begini. Sang ayah amat jarang dirumah. Sentiasa sibuk dengan urusan dakwah dan tarbiyah. Urusan ummah.
Kami membicarakan pelbagai tajuk dan agenda. Amat menarik bila jiwa remajaku diselubungi pengalaman-pengalaman sang ayah dalam kancah dakwah. Perit dan manis yang sang ayah tuturkan membuat aku seolah-olah turut sama berada disituasinya.
Ketika kusyuk aku memasang telinga menadah motivasi dari sang ayah tiba-tiba seorang lelaki dari jauh datang ke arah kami.
Ku lihat wajah lelaki itu sugul. Sedih dan seolah tidak bermaya.
Seusai memberi salam kepada kami lelaki tersebut terus menangis dan memeluk sang ayah. Aku hairan.
Mengapa begitu?
Sang ayah tenang. Mungkin sudah dapat membaca suasana. Sudah pasti. Pengalaman tua sang ayah yang mengajarnya mengerti semua tentang kehidupan. Termasuk perihal mad’u.
Sang ayah mengusap lembut rambut lelaki tersebut. Dengan wajah yang tenang sang ayah bertanya.
“Mengapa akhi? Apakah yang menimpa kau sehingga kau jadi begini?”
Tangisan makin reda. Pelukan makin terlerai. Dengan mata yang berkaca sang lelaki memandang wajah tenang sang ayah. Mulutnya cuba untuk menuturkan bait dan kata.
“Abi..jiwa ana resah dan gelisah kala ini. Hati ana sering luka. Ana merasakan hidup ana sangat terganggu. Masalah pula tidak putus datang dan terus menimpa. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwa ana. Terkadang ana merasakan ana hendak meninggalkan jalan ini. Tetapi ana sayangkannya. Ana tidak mahu menjadi manusia yang lari dari hidayahNya. Akademik menjadi bebanan dan sering jua ana merasakan kecewa dengannya.”
“Abi..bagaimana sekarang? Apa yang perlu ana lakukan? Ana….”
Tidak sempat menghabiskan katanya sang lelaki kembali menangis. Aku melihat air matanya pantas meluncur dipipi.
Sang ayah kembali mengusap rambut sang lelaki. Memujuk.
Sang ayah menjawab.
"Abi tidak melihat ini suatu masalah lain melainkan ia berpunca dari diri kita sendiri."
Pabila enta mengelarkan diri neta dai’e ilallah apa persiapan nta?
Bagaimana tahajjud enta setiap malam?
Sang lelaki terpinga diajukan soalan sebegitu.
Berapa masa yang enta sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam?
Apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih, merayu, mengadu padaNya? Tidak. Tidak mungkin.
Bagaimana aurad quran enta? Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin.. dan lain-lain. Semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh. Kekuatan iman. Kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa. Menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil.
Bagaimana pula solat enta? Yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi, unsur-unsur ta'abudan, tasliman, takhasyua'an, tabazzulan, takhaddu'an, dan tamalluqan. yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid.
Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat, sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya.
Bagaimana wirid dan zikirnya, yang sepatutnya menghidupkan hati. Menyalakan ingatan, kerinduan serta keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil. Membuahkan kemulian, menumbuhkan sifat-sifat mahmudah dan menggilap dari noda dosa.
Abi sukar mempercayai, seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya,tertekan hidupnya.
Muhasabahkanlah kembali hati enta. Laraskan kembali iman enta.
Yakinlah, bila enta beristiqamah dengannya, insyaallah nusrah Allah pasti berbondong-bondong datang. Dari segenap pelusuk. Dari semua arah. Tanpa disangka-sangka.
Aku mendengar dengan teliti setiap bait kata sang ayah. Bagiku ia juga nasihat untukku. Ya, nasihat yang amat berguna saat iman aku goyah.
Sebaik sahaja sang ayah seusai menutur bicara, sang lelaki terus memeluk sang ayah. Makin kuat tangisannya. Lama mereka berdakap. Sang lelaki membisikkan sesuatu pada sang ayah. Terlalu perlahan. Aku tidak mendengarnya. Akhirnya tangisan sang lelaki reda. Reda dalam dakapan sang ayah.
Aku melihat wajah sang lelaki agak berbeza. Seolah sudah mendapat sesuatu yang diingini, senyuman kecil terlukir dibibir. Tanda puas. Walau mata masih berkaca. Tenang kembali.
Sang lelaki meminta izin mengundur diri. Aku menyalaminya dengan sopan sambil menghadiahkan senyuman dan doa bersama. Moga sang lelaki ini mendapat ketenangan walau dalam keperitan dan mendapat kemanisan perjuangan walau dicaci oleh manusia yang mencaci.
Moga aku jua begitu.
9 Mei 2011
Kangar,Perlis
jangan matikan hati
Bismillah walhamdulillah
Rasulillah SAW pernah bersabda
“ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”
Dan kata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas
“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”
7 April 2011
Kangar, Perlis
Labels: Tarbawi
Kampung Sesumpah Mati
Bismillah walhamdulillah.
Arakian bermulanya sebuah ceritera di sebuah kampung yang damai bernama Kampung Sesumpah Mati, maka adalah wataknya diberi nama Budin, Ucop, dan Malim. Adapun mereka bertiga bersahabat baik semenjak kecil lagi.
Maka dihujung kampung itu ada sebuah warong. Adapun warung ia adalah kepunyaan Mael, menantu kepada tok penghulu Kampung Sesumpah Mati.
Maka diwaktu senja di suatu hari, adalah sahabat bertiga tadi mengunjungi warong yang kepunyaan Mael sambil menyanyi riang. Maka duduklah mereka dihujung penjuru warong tersebut. Maka mintalah mereka pebagai hidangan yang istimewa yang layak dihidang penghuni syurga.
Sementelah terhidang segala makanan itu maka makanlah mereka tanpa basmallah dibacakan. Maka syaitan ketawa terdekah-dekah ditepi.
Seusai ikan yang gemuk kini tinggal tulang, maka inginlah mereka berangkat pulang, maka di panggilnya Mael dan dimintanya Mael akan mengira jumlah bayaran. Maka mengiralah kesemua itu dan berjumlah semua itu 4 dirham sahaja.
Maka keluarkanlah mereka uncang duit mereka, dan amatlah terkejut mereka akan melihat jumlah didalamnya hanyalah 1 dirham.
Maka gelisahlah sekalian mereka bertiga, mencari akal untuk melepaskan diri.
Adapun Ucop yang bergeliga otaknya berbisik pada Budin setelah mendapat ilham dari syaitan. Maka fahamlah Budin akan rancangan itu kendatipun dia dikambing hitamkan.
" Mael, bawakan aku senaskah Al Quran". Maka Budin mula mengatur langkah.
Maka adat melayan tetamu dan pelanggan, Mael menuruti segala mahu Budin. Al Quran merah milik atuknya dibawanya.
Adapun setelah Al Quran itu di tangannya, Buden lalu bersumpah,
Wallahi, Wabillahi, Watallahi, aku Budin bin Badin bersumpah aku telah membayar semua harga makanan ini berjumlah 4 dirham pada Mael. Kalau aku menipu azab Allah akan menimpa aku.
Terkejutlah Mael mendengar sumpah tersebut kerana adapun sumpah tersebut tiada didengarinya sebelum ini dan tiadalah jua ia pelajari dalam Islam. Syaitan pula makin galak ketawanya.
5 Mei 2011
Kangar, Perlis
Labels: Kehidupan
mari buat duit
Bismillah walhamdulillah
Tajuk gempak? atau bermata duitan?
Ikutlah apa yang ditafsirkan, cuma duit juga penting untuk hidup mentaatiNya. manakan tidak, Rasulullah SAW amat bimbang umatnya manjadi kufur akibat kefaqiran.
Baik sahabat, antara petua menambahkan untuk rezeki ada tiga. Sedekah, selawat dan dhuha.
Sedekah atau derma adalah satu pemberian yang Allah akan membalas dengan pelbagai ganjaran besar.
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al Baqarah : 261)
Banyak lagi ganjaran lain yang disebutkan oleh Allah dan Rasulillah SAW. tetapi malangnya besar umatnya tidak yakin dengan janji-janji ini. oh ruginya mereka!
Kedua,berselawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Disamping selawat yang kita ungkapkan itu menjadi syafaat kepada kita hari akhir nanti, ia juga membawa kebaikan didunia ini. murah rezeki itu pasti.
Dan solat sunat dhuha adalah pengikat rezeki. Pesan ustaz aku, jangan ditinggalkan 2 solat sunat ini, iaitu solat tahajud dan solat dhuha. Tahajud adalah pengikat hati padaNya, dhuha pula pengikat rezeki.
Ini doanya.
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Istiqamahlah!
Terakhir, ikhtiar dan berdoalah agar diberikan rezeki yang halal. Pasti Allah akan campakkan rezeki itu dari ruang yang kita tak sedari.
Oh ya, rezeki itu boleh datang pelbagai. bukan sekadar bentuk duit. hati yang lapang walau dihimpit masa yang terhad juga rezeki dari Ilahi. =)
2 Mei 2011
Kangar, Perlis
Labels: Ibadah
warkah untukmu
Bismillah walhamdulillah.
Dengarkanlah. Dengarkanlah suara hatiku ini.
Bukanlah niatku untuk mencari perang atau meminta simpati. Cuma aku terlalu bimbang melihat keaadaanmu dewasa ini. Saban hari bertambah parah. Sayu hati.
Hati manakah yang tidak sayu melihatmu begitu andai empunya diri ini jua memiliki kakak dan adik yang sejiwa denganmu. Jiwa yang begitu halus. Tempat yang bersarang naluri keibuan.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai ( perintah ) Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim : 6)
Pakaian adalah lambang keperibadian akhlak. Setuju? Lantas apakah yang mendorong engkau masih memakai pakaian ahli maksiat?? Kelak kerna pakaian itu kau dihumban ke neraka!
Aku tahu, jauh disudut hatimu ingin benar kau menjadi muslimah yang solehah. Ia tersemat kukuh. Kerna itulah fitrah. Fitrah yang suci. Fitrah yang indah.
Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ar-Rum:30)
Sungguh indah fitrah itu. Madu iman meyelaputinya.
Kembalilah kepada fitrah Islam, pasti engkau dapat merasai manisnya madu iman itu. Ya, amat manis. Tapi ia hanya kepada yang benar-benar inginkannya. Aku tahu, untuk kembali kepada fitrah itu terlalu banyak besi halangan dan paku keperitan. Benarlah kata nabi
Neraka itu dikelilingi oleh kesenangan, dan surga itu dikelilingi oleh kesukaran.” (HR Bukhari dan Muslim)
Namun tiada alasan untuk kita tidak kembali membersihkan segala noda dan titik hitam dalam hati andai kita benar-benar inginkan. Hendak seribu daya.
Terkadang aku pelik. Tudungmu sudah elok, menutup segala rambutmu. Namun jelek dan pelik bila engkau pakaikan baju yang berlengan pendek. Lagi malang baju adikmu yang kau sarungkan pada badanmu. Bila ditanya, inilah fesyen terkini kata kau. Namun aku cabar jawapan ini kau berikan pada Tuhan ketika kau dihisap kelak! Berani?
Mengertilah. Aurat itu bukan hanya terletak pada rambut. Namun pada seluruh semua anggotamu kecuali tapak tangan dan mukamu. Aku yakin kau sudah tahu cuma tidak mahu mengerti. Mengapa begini?? Bukankah kau ingin kembali kepada fitrah?
"Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur: 31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab : 59)
Terkadang aku terdengar kau merungut. Merungut kerana auratmu terlalu berat berbanding aurat lelaki bagimu. Usah begitu. Sebaliknya kau harus berbangga kerana engkau adalah ibarat permata yang tidak ternilai harganya. Lantas kerana itulah engkau dijaga rapi tanpa calar.
Apakah kau tidak melihat wanita barat yang hilang ketamadunan dan maruah serta malu angkara tidak di jaga oleh agama mereka. Mereka umpama batu hitam penuh debu di jalanan yang boleh dikutip dan dibuang sesuka hati. Aku pasti engkau tidak mahu begitu.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Aku menyeru dengan seruan sayang dan kasih sebagai adik atau abangmu, marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah. Singkirkan segala pakaian ahli maksiat dan pakaikan pakaian solehah.
Moga Allah memberi kekuatan untuk kembali kepada fitrah. Rapatlah denganNya, pasti kekuatan itu timbul tanpa dipinta. Aku menyeru dan menasihati diriku terlebih dahulu.
Buatlah pilihan tekad. Mulakan dengan dirimu. Pasti sahabatmu yang lain mengikutimu. Walau pada awal mereka kelihatan menentang atau tidak suka perubahanmu namun hatinya juga seperti hatimu. Ingin jua menjadi muslimah sejati. Hanya kekuatan belum muncul.
Ayuh, tanggalkan segala pakaian ahli neraka itu. Pakaikanlah pakaian fitrah. Pakaian ahli syurga. Tutuplah auratmu. Rapatlah denganNya. Bahagia pasti milikmu.
1 Mei 2011
Kangar, Perlis
Labels: Motivasi