Wabak sepanjang jalan
Dalam buku Wabak Sepanjang Jalan (Jilid 1) tulisan Dr. Al Sayed Muhammad Noh, beliau menggariskan beberapa wabak atau penyakit yang selalu menimpa daie yang mendokong risalah dakwah ini.
1) Al Futur (Terhenti atau melengah-lengah)
Pengertian(bahasa) : -terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak -malas, menangguh, melengah-lengah sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh Pengertian (istilah) : tahap yang paling rendah ialah malas,menangguh-nangguh,melengah-lengahkan dan yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudahbergerak cergas secara berterusan.
2) Al-israf (pemborosan)
Pengertian(bahasa) : - apa yang dibelanjakan bukan untuk ketaatan kepada Allah -Pembaziran atau tindakan yang melampaaui batas pengertian (istilah) –perbuatan yang melampaui batas keserderhanaan, samada dalam perkara makanan,minuman, pakaian , tempat tinggal, dan seumpamanya,yang merupakan naluri yang tersembunyi dalam diri manusia.
3) Al isti'jal (gopoh /terburu-buru)
Pengertian(bahasa) :- mendesak, minta di segerakan terburu-buru atau laju. Dalam istilah pendakwah : -keinginan untuk mengubah reality penghidupan masa kini dalam sekelip mata atau kurang dari sekelip mata tanpa menilai tentang kesan buruk yang akan berlaku disamping tidak memahami suasana persekitaran yang melingkungi mereka.
4) Al Uzlah (memencilkan diri)
Pengertian (bahasa) : - menjauhkan atau menyisihkan. Menurut kamus lisan al arab-meminggir sesuatu atau mengetepikan maka dipinggirkan ia. Istilah pendakwah : -mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan penghidupan secara berjamaah. Cara yang demikian menjadikan seorang amilin merasai sudah cukup untuknya mendirikan Islam dalam dirinya sendiri, tanpa memperdulikan orang lain, sekalipun orang lain menghadapi kebinasaan atau kehilangan, atau seseorang itu cuba menegakkan Islam dalam dirinya sendiri. Kemudian secara berseorangan, ia berusaha sedaya upaya menegakkannya dikalangan orang ramai tanpa meminta pertolongan dan sokongan para amilin lain yang sama-sama berada di medan perjuangan.
5) Al i'jab bil nafsi (terpesona dengan diri sendiri)
Pengertian (bahasa) :- Gembira dan berharapan baik -Rasa besar dan membesarkan Istilah :- Suatu kegembiraan degan diri sendiri, hasil dari apa yang dilakukannya sama ada perkataan atau perbuatan tanpa menyinggung orang lain, tanpa mengambil kira perbuatan dan perkataan tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji.
6) Al-Ghurur (tertipu dengan diri sendiri)
Pengertian(bahasa) :-penipuan sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain - seseorang yang tertipu dengan kebendaan dunia Istilah: -kekaguman seorang amilin dengan diri sendiri sehingga mengdorongnya ke tahap menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan. Sungguhpun demikian, sikapnya itu tidaklah sampai ke tahap memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi mereka.
7) Al Takabbur
Pengertian (bahasa) :-menonjolkan kebesaran dan kesombongan -kebesaran dan kesombongan istilah : -seseorang amil itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk menghina orang lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka.
Moga Allah kuatkan jiwa ini untuk terus berjalan di jalan ini hingga denyutan nadi terakhir.
Ameen.
~lembaran kehidupan
28 Julai 2011
Abi Padang Machang, Perlis
doaku II
baru aku faham benar, sunnah jalan ini.
dahulu, aku hanya merasa pada akal melalui pengalaman manusia-manusia yang telah berjalan dan ada sesetengah dari mereka telah sampai di penghujung lalu bertemu dengan Kekasihnya dengan sekuntum senyuman yang menawan dan hati yang bahagia.
betapa lara pula jiwaku dahulu kerna tidak yakin lalu hanya bermain-main di pinggir jalan ini-tidak diberanikan diri untuk menjejakinya.
aku berterima kasih padaMu Tuhan, kerna Kau masih memilih diri hina ini meskipun bertimbun maksiat dan noda aku perbuat. dengan sedikit rasa amanah yang Kau campakkan ini aku mohon kau kuatkanlah kakiku untuk terus teguh dijalan ini.
meski kini, terlalu sukar dan dihimpit pelbagai masalah dan cabaran, aku yakin, inilah sunnah jalan ini yang diungkap oleh para pujangga, " jalan yang tidak dihampar permaidani merah."
Tuhan, biarlah aku kelemasan dalam pelbagai masalah umat dan dihimpit perit oleh masa dan waktu, asalkan itu menjadi taruhan aku meraih redhaMu.
berikanlah aku kekuatan untuk terus dan terus berjalan hingga dipenghujung, Ya Rabb..
faqir ilallah
~bumi wakafan MADI
20 Julai 2011
Labels: diari
sesingkat rasa
hidup ini singkat sangat-sangat akhi...
pergunakanlah sepenuhnya pada perkara yang bermanfaat dan yang diredhaiNya.
jangan sampai dirimu merintih air mata darah menyesal perbuatan diatas muka bumi ini.
tak berguna saat itu. sungguh, tak berguna!
~meniti hidup
15 Julai 2010
Arau,Perlis.
bukan tidak sudi
bukanlah kalamku yang patah hingga tiada ganti
bukanlah tintaku kehabisan kerna aku masih punyai laut
bukan jua aku semakin malas dibungkam rasa, bahkan gelora jiwa untuk mencoret terus mengocak tasik ketenangan hati.
namun,aku akur pada masa yang menghimpit,hingga sukar aku bernafas
moga ia menjadi taruhan aku sewaktu ulat memamahi diri kaku ini nanti
~bahagia dihimpit waktu
Padang Besar
14 Julai 2011
terus yakin dijalan ini
“Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam maka kita akan dihina oleh Allah."
- Saiyidina Umar Ibn Khattab
Buat diriku, teruskanlah perjalanan membawa risalahNya ini. Tetap dan teguhlah bersama Islam.
dihimpit masa
8 Julai 2011
Padang Besar