Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Ikhwah.. masihkah kau berjemaah?

Best Blog Tips 2:28 AM 0 Comments

Bismillah walhamdulillah. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Ikhwah, pernah didalam suatu peperangan yang di riwayatkan oleh Jabir RA yakni peperangan tentera Rasulullah dengan Kaum Juhainah yang menyaksikan peperangan sengit berlaku. Meskipun begitu akhi, baginda Rasulillah SAW bersama tenteranya masih melakukan solat Zohor dan Asar berjemaah.

Begitu juga ketika baginda gering. Ikhwah yang aku kasihi, saat ini diceritakan oleh sahabat baginda yang mulia.

Daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah RA, katanya:

“Suatu hari aku datang menemui ‘Aisyah, lalu aku katakana kepadanya: “Bolehkah engkau ceritakan kepadaku mengenai kesakitan yang dideritai oleh Rasulullah SAW?”

Jawab ‘Aisyah:

Bahkan!

Lalu ‘Aisyah pun memulakan ceritanya dengan katanya:

Ketika Rasulullah sedang sakit tenat, Baginda telah bertanya kepadaku:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (isyak)?”
.

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua sedang menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah:

“Ambilkan untukku sebekas air.”

Kata ‘Aisyah:

“Kami pun memperkenankan permintaannya.”

Lalu Baginda SAW terus mandi. Setelah selesai berpakaian, Baginda pun mula bangun untuk berjalan ke masjid. Tiba-tiba Baginda jatuh pengsan.

Tidak lama kemudian Banginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:
“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah SAW:

"Ambilkan lagi untukku sebekas air."

Lalu banginda SAW (bangun dari tidurnya) dan duduk. Kemudian Baginda SAW terus mandi. (Setelah selesai berpakaian), Baginda pun mula bangun dan berjalan (ke masjid) tiba-tiba Baginda jatuh pengsan lagi.”

Tidak lama kemudian Baginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah SAW: Ambilkan lagi untukku sebekas air.

Lalu banginda SAW (bangun dari tidurnya) dan duduk. Kemudian Baginda SAW terus mandi. (Setelah selesai berpakaian), Baginda pun mula bangun dan berjalan (ke masjid) tiba-tiba Baginda jatuh pengsan lagi (untuk kali ketiga).

Tidak lama kemudian Baginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Para sahabat masih berhimpun di masjid kerana menanti kedatangan Rasulullah SAW untuk solat Isyak berjemaah. Justeru itu, Baginda SAW pun menghantar seorang utusan bagi menemui Abu Bakar RA dengan tujuan supaya Abu Bakar menggantikan tempatnya sebagai Imam solat Isyak. Bila utusan itu menemui Abu Bakar, dia terus berkata

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan kamu supaya menggantikan tempatnya sebagai Imam (solat Isyak).”

Saidina Abu Bakar RA seorang lelaki yang sangat sensitif perasaanya (kerana itu dia seorang yang mudah menangis. Lantaran itu) Abu Bakar RA telah berkata kepada Umar RA:

“Wahai Umar! Engkaulah saja yang mengimami solat Isya (pada malam ini)”.

Jawab Umar:

“Engkaulah yang lebih layak untuk mengimaminya."

Mendengar jawapan tegas Umar itu, Abu Bakar pun mengimami solat Isyak pada malam itu dan solat-solat lain pada hari berikutnya.

Itulah yang diceritakan oleh Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah RA sepertimana dinukil dalam Sahih Bukhari.

Akhi, cuba dalami sirah ini dengan dasar hati yang ikhlas untuk menjadi umat baginda SAW.

Sesibuk mana hidupmu, walau seletih mana hari-harimu, walau sakit dan demam mennyerangmu, ikhtiarlah dengan apa cara sekalipun untuk berjamaah pada 5 waktu solatmu!!

Moga kisah ini aku jadikan motivasi untuk menjadi umatmu yang terbaik ya Rasulullah.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

faqir ilallah, junaidiahmad

Peranan Lidah

Best Blog Tips 6:45 PM 2 Comments




Bismillah.

Menurut Hujjatul Islam, Al Imam Al Ghazali ada 2 peranan lidah.

1. Menegakkan kebenaran
2. Menzahirkan kesyukuran.

Apakah lidah kita memainkan peranan ini atau sebaliknya??

faqir ilallah
Taman Kemajuan
10 Rabiul Awal 1433H

Solat Jenazah

Best Blog Tips 6:56 PM 4 Comments




Bismillah.

Aku yakin, jika ditanya 10 orang mahasiswa mahupun orang awam tentang solat jenazah, pasti hanya 3/10 yang tahu. Yang lain,sekadar menggeleng kepala. setuju??

Jadi kesempatan ini aku rasa terpanggil untuk berkongsi cara/kaifiat solat jenazah yang paling ringkas. Moga bermanfaat.

Baik, mudah dan ringkas.

Solat jenazah ada 4 takbir sahaja (bukan 4 rakaat ye), jadi tidak ada rukuk mahupun sujud.

1. Takbir pertama berserta NIAT.Selepas takbir baca AL FATIHAH.

Niat:
Sahaja aku sembahyangkan mayat ini 4 takbir fardhu kerana Allah Taala.

2. Takbir kedua.Selepas takbir, baca SELAWAT.

Selawat :
Allahumma solli a'la Muhammad.

3. Takbir ketiga. selepas takbir, baca DOA ke atas mayat.

Doa :
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

4. Takbir keempat. Selepas takbir, beri SALAM.

Salam:
Assalamualaikum warahmatullah (Kanan dan kiri)

Alhamdulillah. Itu sahaja.

Selalulah lazimi menziarahi kematian nescaya ia mendekatkan diri kepada Allah.

Sebarlah kebaikan ini, moga secalit kejahilan dapat dipadamkan.

faqir ilallah
Taman Kemajuan
05 Rabiul Awal 1433H

mari berdoa

Best Blog Tips 12:12 PM 1 Comments



Hati ini ya akhi, selalu berbolak balik dalam mencintai Allah dan mentaatiNya. Marilah kita menadah tangan bermunajat meminta kepada Pemilik hati ini agar terus istiqamah dijalan yang diredhaiNya.

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Allahumma mushorrifal quluub shorrif quluubanaa ‘ala tho’atik” [Ya Allah, Dzat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!]

Dari 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash berkata bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ قُلُوبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهُ حَيْثُ يَشَاءُ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

"Sesungguhnya hati semua manusia itu berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah. Allah Subhanahhu wa Ta'ala akan memalingkan hati manusia menurut kehendak-Nya." Setelah itu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdoa; “Allahumma mushorrifal quluub shorrif quluubanaa ‘ala tho’atik” [Ya Allah, Dzat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!] (HR. Muslim no. 2654). An Nawawi membawakan hadits ini dalam bab, “Allah membolak-balikkan hati sekehendak-Nya.”

Bumi Wakafan MADI
23 Dis 2011

Qabil atau Habil ?

Best Blog Tips 7:46 AM 2 Comments

tunggangan akhirat~


Bismillah walhamdulillah.

Qabil dan Habil adalah manusia pertama yang melakukan ibadah Qurban.

Habil memilih seekor kambing yang paling gemuk dikalangan kambing yang diternaknya, manakala Qabil memilih gandum yang buruk dan hampir rosak untuk dipersembahkan kepada Allah lalu api menyambar kambing Habil dan tidak pula gandum Qabil.

Allah menerima Qurban Habil bukan kerana gemuknya kambing Habil, dan menolak qurban Qabil bukan kerana buruknya gandum yang dipersembahkan, tetapi hanya kerana gemuknya hati Habil dengan keikhlasan dan buruknya pula hati Qabil. Ikhlas itu membuat Habil memberikan yang terbaik kepada Rabb manakala hati Qabil yang bernanah dengan kedekut dan tidak ikhlas membuatkan Qabil hanya memberikan sisa-sisa tanamannya.

Akhi, bagaimana dengan kita?

Apakah kita si Habil itu atau si Qabil??

Lantas kerana itulah, segala kehidupan kita harus dilakukan dengan ikhlas dan sempurna. Buat dan beri yang terbaik. Bukan dalam ibadah Qurban sahaja, bahkan semua ibadah. Bukankah kehidupan seharian kita adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah?

Salam Aidiladha buat semua teman. Selamat menunaikan haji bagi sahabat-sahabat di Makkah. 

Semoga Hari Kemenangan ini benar-benar menatijahkan permulaan kebaikkan dalam kehidupan yang dipacu tanpa lelah saban hari.

Akhir, jadilah Habil bukan Qabil.

~hari kemenangan
04 Nov 2011
Bumi wakafan MADI

mari buat duit

Best Blog Tips 6:24 PM 1 Comments

Bismillah walhamdulillah

Tajuk gempak? atau bermata duitan?

Ikutlah apa yang ditafsirkan, cuma duit juga penting untuk hidup mentaatiNya. manakan tidak, Rasulullah SAW amat bimbang umatnya manjadi kufur akibat kefaqiran.

Baik sahabat, antara petua menambahkan untuk rezeki ada tiga. Sedekah, selawat dan dhuha.

Sedekah atau derma adalah satu pemberian yang Allah akan membalas dengan pelbagai ganjaran besar.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al Baqarah : 261)

Banyak lagi ganjaran lain yang disebutkan oleh Allah dan Rasulillah SAW. tetapi malangnya besar umatnya tidak yakin dengan janji-janji ini. oh ruginya mereka!

Kedua,berselawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Disamping selawat yang kita ungkapkan itu menjadi syafaat kepada kita hari akhir nanti, ia juga membawa kebaikan didunia ini. murah rezeki itu pasti.

Dan solat sunat dhuha adalah pengikat rezeki. Pesan ustaz aku, jangan ditinggalkan 2 solat sunat ini, iaitu solat tahajud dan solat dhuha. Tahajud adalah pengikat hati padaNya, dhuha pula pengikat rezeki.

Ini doanya.

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Istiqamahlah!

Terakhir, ikhtiar dan berdoalah agar diberikan rezeki yang halal. Pasti Allah akan campakkan rezeki itu dari ruang yang kita tak sedari.

Oh ya, rezeki itu boleh datang pelbagai. bukan sekadar bentuk duit. hati yang lapang walau dihimpit masa yang terhad juga rezeki dari Ilahi. =)


2 Mei 2011
Kangar, Perlis