Terus memberi
Bismillah.
Dalam keghairahan untuk memberi, aku rasakan tidak cukup hanya pada penulisan apatah lagi yang menulis itu adalah aku ; cetek ilmu dan tidak pandai mengolah. Justeru, aku sediakan satu lagi tempat untuk aku berkongsi yakni melalui perkongsian video tazkirah.
Klik disini.
Video adalah lebih berkesan. Ini diakui lebih-lebih lagi pada zaman dunia tanpa sempadan sekarang.
Berbeza dengan penulisan yang menyampaikan rasa dalam satu dimensi sahaja, video mampu menyampaikannya lebih dari itu. Segala yang diucap terus menusuk ke telinga, gimik dan mimik boleh dilihat terus dan inilah yang menjadikan video itu lebih berkesan.
Aku tidak reti dan pakar dalam video maker mahupun video editting. Namun, ia bukanlah alasan bagiku untuk terus memberi perkongsian ini.
Aku kumpulkan beberapa kuliah,tausiyah,zikir dan sebagainya yang mampu menyuburkan iman yang layu dan menghidupkan hati yang mati ; yang aku upload tanpa mengunakan proksi lain seperti Youtube atau sebagainya - kerna aku tahu, ramai adik-adik dikampus yang tidak dapat access kepada proksi-proksi ini (disekat oleh pihak ICT Universiti), maka insyaAllah manfaatnya dapat dioptimunkan serta meluas. InsyaAllah.
Aku berlindung dari syaitan yang direjam serta sifatnya yang takbur, sombong dan sebagainya dalam segala perkongsian ini. Mudah-mudahan, usaha yang teramat kecil ini menyuburkan lagi medan dakwah yang kian semarak akhir-akhir ini.
Terakhir, aku mohon doa dari kalian. Mohon sangat-sangat. Aku mohon kalian doakan aku dapat bertemu dengan Rasulillah SAW yang amat aku rindu tidak kira semasa aku masih bernyawa mahupun sesudah menjadi mayat. Doa kalian, manusia yang soleh semestinya mudah dimakbulkan berbanding doaku yang lalai ini.
Allahumma solli 'ala Muhammad.
faqir ilallah
Rabiul Akhir 1433H
bumi wakafan MADI
Labels: diari
Kata Luhur
Bismillah.
Kata-kata mereka menjadi motivasi aku.
Aku harap begitu jua untukmu sahabat. Moga diteguhkan kaki ni untuk terus menapaki perjuangan. Kita harus yakin dengan jalan yang diambil. Jangan sesekali goyah dan menyesal.
InsyaAllah, dengan kesabaran dan keikhlasan, Rasulillah SAW menanti kita dengan mendepangkan tangan baginda yang mulia menyambut kita sebagai umatnya.
Kebahagiaan yang bagaimana lagi kau mahu?
faqir ilallah
Taman Kemajuan
Rabiul Akhir 1433H
Labels: Motivasi
Untitled VI
setelah bulan membelah matahari,
dan matahari kembali bertangkup
setelah malam melimpah cahaya,
dan cahaya membentuk ruang
setelah angin menukar rasa,
dan rasa menjadi cinta
urat-urat tua tegang merukuk pada Tuhan
tulang temulang merebut pada sujud
arteri berdenyut kencang mengepam kata syukur
dan daktil pula ghairah membilang zikir
oh alangkah bahagia jika mereka bersatu pada jasadku.
faqir ilallah
Taman Kemajuan
Rabiul Akhir 1433H
Labels: diari
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)






