Warkah sekeping hati
Sahabat, ada sekelompok manusia yang bekerja kuat untuk Islam hingga sanggup menggadaikan harta, seluruh tenaga bahkan nyawa.
Cintanya kepada gerakkerja dalam merealisasikan impian agar Islam tertegak di tanah air begitu tinggi dan membakar.
Malangnya sahabat, diantara mereka ada yang selalu melakukan maksiat kepada Tuhan dijalan suci ini.
Jalannya yang dilalui sudah selari dengan para syuhada, namun maksiat yang dianggap kecil inilah yang menjadikan ia terpesong semakin jauh dari lorong yang sebenar. Jauh dan makin menjauh.
Mereka tidak merasakan dosa yang dilakukan adalah suatu kesalahan bahkan kebiasaan bagi seorang manusia dhaif. Itu alasan mereka.
Sahabat, benar,kita adalah manusia dhaif yang alpa, namun merasakan noda dan maksiat itu perkara biasa tanpa penyesalan lalu berteruskan melakukannya adalah tanda hati telah mati!!
Malu aku untuk menggariskan maksiat yang golongan ini lakukan. Terlalu banyak dan kadangkala lebih teruk dari manusia yang tidak menjejaki jalan dakwah ini.
Akhi, bila hati mati,tiadalah layak untuk menjunjung agama yang suci ini. Tidak layak! Bahkan kemenangan Islam tertangguh kerana adanya dai'e sebegini.
Persoalannya, adakah kita golongan ini??
Jujurlah pada diri. Hanya manusia jujur yang bersedia untuk menerima kebaikan.
Dan jika benar itulah diri kita, kita hanya ada dua solusi untuk melihat kemenangan Islam benar-benar dikecap indah.
Keluar dari jalan dakwah ini ATAU hidupkan kembali hati yang mati itu!!
Keluar dari jalan dakwah?? Aku rasa ia bukan pilihan manusia yang berakal. Bukan akhi.
Lalu pilihan manusia yang berakal sudah pasti hanya satu, yakni menghidupkan hati yang lama mati itu!!
Akhi, bagaimana hati ingin hidup andai dikambus dengan karat dosa dan maksiat???
Tidak mungkin sahabat. Tidak mungkin. Adalah mustahil hati yang begitu suci mampu tumbuh dalam kegelapan karat noda ini.
Ikhwah dan akhowat, marilah kita betulkan kembali diri kita. Kita melihat kezaliman dan jahiliyah melata didunia akhir ini. Benar,kita ingin mencegahnya, namun mampukan kezaliman dan jahiliyah itu kita mencegah sedangkan kezaliman dan jahiliyah membusung tinggi dalam dalam diri??
Marilah, wahai sahabat-sahabat,kita merenung sejenak. Menjadi kewajipan kita untuk memerangi nafsu yang merajai kita selama ini.
Ramai pula orang bertanya,bagaimana untuk memadamkan kejahilan dan kezaliman angkara maksiat yang dirancang oleh nafsu buas ini??
Jujur aku menjawab, aku bukan orangnya untuk memberi jawapan. kerna aku bukan ahli dalam hal ini. Namun, aku rasakan tidak kekok untuk berkongsi tentang dua perkara kunci yang aku dapat dari alim ulama.
Satu, cintailah majlis ilmu. Ya, ilmu mampu merobek jahiliyah dan memadamkan kezaliman secara berkesan. Hadirlah, wahai sahabat-sahabat ke majlis ilmu, beleklah buku-buku bermanfaat, berbincanglah dengan sahabat, hidupkan hati dengan ilmu.
Kedua, penuhkan masamu dengan kebaikan. Sahabat, aku bahagikan masa itu hanya dua bentuk, masa kebaikan dan masa keburukan. Kebaikan dan keburukan tidak akan mampu wujud dalam satu masa yang sama!
Jika masamu diisi dengan amal kebaikkan nescaya kejahatan tidak mampu menampung bersama. tetapi awas, jika masamu dibiarkan kosong nescaya keburukan pasti akan mengisi masa tersebut!!
Itulah,wahai akhi aku sempat meluah kata tanpa suara yang berbuku dalam jiwa. Aku ingin benar menjadi manusia yang bertaqwa dan ingin benar jua aku melihat sahabat-sahabat yang aku cintai bersama aku di syurga nanti.
Sahabat, saat aku lupa dan lalai, peringatlah aku dengan amaran Allah. Jangan biarkan aku terkapai dalam tasik noda yang tampak cantik,namun hakikatnya kotor didalamnya.
Moga kita sama-sama berjalan seiring dibawah payung rahmat Ilahi menapaki ke syurgaNya.
~faqir ilallah
junaidiahmad
Labels: Muhasabah
cinta
seluruh cinta dipelusuk hati
di penjuru kanan dan di penjuru kiri
aku wakafkan padaMu
aku cuba,Tuhan.
~merinduiMu
junaidiahmad
Labels: puisi
Salam Maal Hijrah
Hijrah adalah amalan yang berterusan. Setiap hari di sisi Saiyyiduna Umar adalah hijrah. Setiap hari adalah ajakan untuk beranjak. Meninggalkan maksiat dan murka Allah dan terus menangga kepada kelebihan dan kemuliaan sebagai makhluq paling utama ciptaan Tuhan.- Al Fadhil Murabbi Ustaz Yussaini Yahya.
Salam Maal Hijrah. =)
~Menapak istiqamah
junaidiahmad
26 Nov 2011
Bumi Wakafan MADI
Labels: diari
Si anai- anai
ku buka pintu gersang
ku lihat di ufuk kanan
segerombolan anai-anai membina terowong
aku khuatir - lalu aku robohkan
esok -mereka masih punyai terowong baru
aku robohkan dan bersihkan
lusa - masih mereka membina terowong jua
aku robohkan - mereka bina
aku robohkan - mereka bina lagi
aku robohkan - mereka tetap membinanya kembali
seolah sebuah pertarungan kemandirian
siapa pemenang?
jawabnya, yang tiada putus asa itulah.
jangan putus asa sahabat. =)
~belajar di universiti kehidupan
junaidiahmad
20 Nov 2011
Bumi Wakafan MADI
di dua persimpangan
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
~di antara dua persimpangan
junaidiahmad
17 Nov 2011
Santan, Padang Besar
Labels: diari
Kembali dakapan cinta Ilahi
“Ya Tuhanku, aku menyatakan taubat dari perbuatan yang sesat itu. Jika Engkau, ya Tuhan, masih memberikan ampunan atas dosa yang aku perbuat itu, maka sampaikan hal itu kepada Rasulullah SAW. Jika dosaku itu memang tidak Engkau ampuni lagi, maka turunkanlah api dari langit untuk membakar kulitku sehingga aku menjadi hangus, sebagai balasan atas dosa yang aku lakukan itu.”
~berusaha menjadi hambaMu
junaidiahmad
15 Nov 2011
Pusat Agensi HPA,MADI
Labels: Motivasi
Seksualiti Merdeka
demi batu penuh debu yang ingin kau jadikan manikam
demi bayang-bayang bengkok yang ingin kau jadikan lurus
(semua itu palsu)
kau lacurkan fitrah yang Tuhan berikan padamu
celakalah.
~dunia akhir zaman
junaidiahmad
14 Nov 2011
Pejabat PAS Kaw Padang Besar
Labels: puisi
Taree Zamen Par
~dunia baru
junaidiahmad
14 Nov 2011
bumi wakafan MADI
Labels: Video
Ghuraba'
bawakan aku bersama~ |
lama aku perhatikan - dengan tekun,
manusia yang tidak henti- henti berjalan di suatu jalan,
jalan yang berduri dan penuh dengan lopak-lopak cemuhan,
kelompok itu - sedikit - tapi kuat, terus berjalan
ketika hujan batu melanda mahupun panas terik membakar jasad
benak otak aku kehairanan - apakah mereka tidak punyai perasaan?
aku amati dalam-dalam (dan diam-diam)
ya, mereka dipandang serong - oleh umat yang tidak memahami
ya, mereka berdarah luka dicalar duri jalanan
mata mereka merah terlalu letih
nafas berombak berat di dada yang bidang
namun,
di celah kelopak mata yang redup itu - ada cahaya
cahaya yang menerangi umat lain ( juga umat yang mencaci)
bersama nafas berat yang dihirup itu - ada bahagia
bahagia yang membahagiakan jiwa yang bersama
bahagia inilah yang tidak mampu ditukar dengan emas meski sebenar bukit uhud
bahagia inilah jua tidak mampu dirampas oleh cemuhan dan makian manusia yang memaki
dan aku yakin, bahagia inilah yang menguatkan kaki-kaki mereka untuk terus menapak teguh!
-kelak mereka pasti lebih bahagia saat bertemu dengan Tuhan.
(kita bagaimana?)
~ belajar memahami kehidupan
junaidiahmad
10 Nov 2011
Bumi Wakafan MADI
Qabil atau Habil ?
tunggangan akhirat~ |
Bismillah walhamdulillah.
Qabil dan Habil adalah manusia pertama yang melakukan ibadah Qurban.
Habil memilih seekor kambing yang paling gemuk dikalangan kambing yang diternaknya, manakala Qabil memilih gandum yang buruk dan hampir rosak untuk dipersembahkan kepada Allah lalu api menyambar kambing Habil dan tidak pula gandum Qabil.
Allah menerima Qurban Habil bukan kerana gemuknya kambing Habil, dan menolak qurban Qabil bukan kerana buruknya gandum yang dipersembahkan, tetapi hanya kerana gemuknya hati Habil dengan keikhlasan dan buruknya pula hati Qabil. Ikhlas itu membuat Habil memberikan yang terbaik kepada Rabb manakala hati Qabil yang bernanah dengan kedekut dan tidak ikhlas membuatkan Qabil hanya memberikan sisa-sisa tanamannya.
Akhi, bagaimana dengan kita?
Apakah kita si Habil itu atau si Qabil??
Lantas kerana itulah, segala kehidupan kita harus dilakukan dengan ikhlas dan sempurna. Buat dan beri yang terbaik. Bukan dalam ibadah Qurban sahaja, bahkan semua ibadah. Bukankah kehidupan seharian kita adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah?
Salam Aidiladha buat semua teman. Selamat menunaikan haji bagi sahabat-sahabat di Makkah.
Semoga Hari Kemenangan ini benar-benar menatijahkan permulaan kebaikkan dalam kehidupan yang dipacu tanpa lelah saban hari.
Akhir, jadilah Habil bukan Qabil.
~hari kemenangan
04 Nov 2011
Bumi wakafan MADI
Ia memanggilmu..
Bismillah walhamdulillah.
Ramai yang mengakui kematian itu datang secara tiba-tiba, namun malangnya ia tidak menjadikannya jiwanya takut kepada Allah lantaran hanya menjadikan ia hanya kepercayaan bukan sebuah keyakinan.
Kalau mereka yakin, manakan sempat mereka bermaksiat kepada Allah. Manusia yang yakin bahawa kematian itu datangnya kadangkala tanpa memerlukan wasilah seperti kemalangan, sakit atau sebagainya akan beramal sebaik mungkin untuk menghadapi hari yang tidak bertarikh itu. Kematian itu akan menjemput meskipun ketika mereka sihat sedang berjalan atau bercakap andai itulah ketetapan Allah.
Ya, kita sudah lihat manusia meninggal dipembaringan akibat kanser atau tua. kita juga pernah lihat manusia meninggal akibat kemalangan ngeri atau kebakaran. Hal inilah yang menjadikan kita yakin bahawa kanser, tua, kemalangan atau kebakaran itu adalah menghampirkan kita dengan kematian, tetapi hakikatnya bukan begitu. Sebenarnya setiap hari kita hampir dengan kematian. Ketika tidur, mandi, makan, solat atau segala aktiviti harian kita, ajal itu akan jua mendatangi.
Aku kongsikan beberapa video kematian. Moga ia menambah keyakinan kematian itu hampir dengan kita, bahkan terlalu hampir.
Bagaimana sekarang? Masihkah ada niat dihati untuk bermaksiat kepadaNya? Lupuskanlah niat itu, jangan sampai nyawa dicabut diwaktu sedang bermaksiat kepada Allah.
Ayuh, kita bersiap menghadapinya!
~di hari akhir
03 Nov 2011
Bumi Wakafan MADI
Bacalah dengan Nama Tuhanmu
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.-( Hadith Riwayat Muslim)
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran”.-( Hadith Riwayat Muslim )
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.- (Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi)
“Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.-( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
Labels: Muhasabah
Dari selumbar hati
Perjuangan diteruskan hingga dijemput~ |
Bismillah walhamdulillah.
Lama. Sungguh lama aku biarkan blog ini bersarang.
Allahurabbi. Jiwa ini benar-benar rasa bersalah kerana tidak serancak dahulu memberi dan berkongsi. Apakah perubahan iklim kehidupanku kini menyebabkan aku tersentak dan tersadung henti? Aku akui,iklim mahasiswa berbeda dengan iklim sekarang,yang lebih ribut dan memerlukan komitmen tinggi, namun tetap aku tidak menganggapinya sebagai alasan.
Kalau begitu apakah penyebabnya?
Jujurnya, aku tiada jawapan untuk itu.
Namun kini aku mencabar kembali diriku untuk terus ghairah memberi dan berkongsi meski yang dikongsi itu secuil rasa yang sudah kalian miliki. Aku harap dengan secuil rasa itu membuat aku dan kalian sentiasa rasa berTuhan.
InsyaAllah.
~sedamai malam
2 Nov 2011
Bumi Wakafan Madi
Labels: Muhasabah