Si anai- anai
ku buka pintu gersang
ku lihat di ufuk kanan
segerombolan anai-anai membina terowong
aku khuatir - lalu aku robohkan
esok -mereka masih punyai terowong baru
aku robohkan dan bersihkan
lusa - masih mereka membina terowong jua
aku robohkan - mereka bina
aku robohkan - mereka bina lagi
aku robohkan - mereka tetap membinanya kembali
seolah sebuah pertarungan kemandirian
siapa pemenang?
jawabnya, yang tiada putus asa itulah.
jangan putus asa sahabat. =)
~belajar di universiti kehidupan
junaidiahmad
20 Nov 2011
Bumi Wakafan MADI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Catitan sahabat:
kenapa nk robohkan terowong tu??
ce bior je...kesian kt depa nnt.
hehe~
terpaksa roboh, kalau tak rumah yg roboh.he
Post a Comment