Ikhwah.. masihkah kau berjemaah?

Best Blog Tips 2:28 AM

Bismillah walhamdulillah. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Ikhwah, pernah didalam suatu peperangan yang di riwayatkan oleh Jabir RA yakni peperangan tentera Rasulullah dengan Kaum Juhainah yang menyaksikan peperangan sengit berlaku. Meskipun begitu akhi, baginda Rasulillah SAW bersama tenteranya masih melakukan solat Zohor dan Asar berjemaah.

Begitu juga ketika baginda gering. Ikhwah yang aku kasihi, saat ini diceritakan oleh sahabat baginda yang mulia.

Daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah RA, katanya:

“Suatu hari aku datang menemui ‘Aisyah, lalu aku katakana kepadanya: “Bolehkah engkau ceritakan kepadaku mengenai kesakitan yang dideritai oleh Rasulullah SAW?”

Jawab ‘Aisyah:

Bahkan!

Lalu ‘Aisyah pun memulakan ceritanya dengan katanya:

Ketika Rasulullah sedang sakit tenat, Baginda telah bertanya kepadaku:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (isyak)?”
.

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua sedang menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah:

“Ambilkan untukku sebekas air.”

Kata ‘Aisyah:

“Kami pun memperkenankan permintaannya.”

Lalu Baginda SAW terus mandi. Setelah selesai berpakaian, Baginda pun mula bangun untuk berjalan ke masjid. Tiba-tiba Baginda jatuh pengsan.

Tidak lama kemudian Banginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:
“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah SAW:

"Ambilkan lagi untukku sebekas air."

Lalu banginda SAW (bangun dari tidurnya) dan duduk. Kemudian Baginda SAW terus mandi. (Setelah selesai berpakaian), Baginda pun mula bangun dan berjalan (ke masjid) tiba-tiba Baginda jatuh pengsan lagi.”

Tidak lama kemudian Baginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah SAW: Ambilkan lagi untukku sebekas air.

Lalu banginda SAW (bangun dari tidurnya) dan duduk. Kemudian Baginda SAW terus mandi. (Setelah selesai berpakaian), Baginda pun mula bangun dan berjalan (ke masjid) tiba-tiba Baginda jatuh pengsan lagi (untuk kali ketiga).

Tidak lama kemudian Baginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Para sahabat masih berhimpun di masjid kerana menanti kedatangan Rasulullah SAW untuk solat Isyak berjemaah. Justeru itu, Baginda SAW pun menghantar seorang utusan bagi menemui Abu Bakar RA dengan tujuan supaya Abu Bakar menggantikan tempatnya sebagai Imam solat Isyak. Bila utusan itu menemui Abu Bakar, dia terus berkata

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan kamu supaya menggantikan tempatnya sebagai Imam (solat Isyak).”

Saidina Abu Bakar RA seorang lelaki yang sangat sensitif perasaanya (kerana itu dia seorang yang mudah menangis. Lantaran itu) Abu Bakar RA telah berkata kepada Umar RA:

“Wahai Umar! Engkaulah saja yang mengimami solat Isya (pada malam ini)”.

Jawab Umar:

“Engkaulah yang lebih layak untuk mengimaminya."

Mendengar jawapan tegas Umar itu, Abu Bakar pun mengimami solat Isyak pada malam itu dan solat-solat lain pada hari berikutnya.

Itulah yang diceritakan oleh Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah RA sepertimana dinukil dalam Sahih Bukhari.

Akhi, cuba dalami sirah ini dengan dasar hati yang ikhlas untuk menjadi umat baginda SAW.

Sesibuk mana hidupmu, walau seletih mana hari-harimu, walau sakit dan demam mennyerangmu, ikhtiarlah dengan apa cara sekalipun untuk berjamaah pada 5 waktu solatmu!!

Moga kisah ini aku jadikan motivasi untuk menjadi umatmu yang terbaik ya Rasulullah.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

faqir ilallah, junaidiahmad

0 Catitan sahabat: