Maka ketika aku ingin memulakan pengembaraan
aku kembali, Sang Guru meletakkan tangannya yang mulia diatas bahuku dan memberi
pesan,
“Anakku, perjalanan pengembaraan ini
umpama perjalananan kita di atas dunia fana ini. Hendaklah engkau selalu mengawasi
diri dalam setiap perbuatanmu. Dan hendaklah engkau sedar bahawa Allah selalu dekat
denganmu.”
Mata Sang Guru redup membuatkan begitu
senang memandangnya. Wajahnya bercahaya dengan cahaya wuduk yang tidak pernah hilang
dari tubuhnya.Tenang jiwaku menatapnya.
“Inilah pesananku, maka berpesanlah
jua pada manusia lain, sesungguhnya Allah Swt itu sangat menyukai hambaNya yang
saling memberi pesan.”
“Anakku, Dia selalu mengetahui dan
mengawasi segala perbuatanmu. BagiNya tidak ada sesuatu yang rahsia dan samar.
Makhluk sekecil apapun yang ada dibumi dan langit tidakakan pernah lepas dari pengawasanNya.”
“Ingatlah bahawa Dia sentiasa mengetahui
apa yang engkau bicarakan, baik engkau bersuara keras mahupun sir (rahsia). Di
manasahajaengkauberasa, Diabersamamu, danDialah yang MahaKuasa.”
“Petunjuk, pertolongan dan penjagaanNya
hanya tercurah kepadamu jika engkau tergolong orang-orang yang berbuat baik.”
Setiap bait-bait pesanan sang
guru berpintal bersama desiran angin pagi yang sangat aman, menari nari didalam
telingaku.
Sang guru perpesan lagi,
“Hendaklah engkau malu kepadaNya.
Kerjakanlah perintah-perintahNya dan jauhilah larangan-laranganNya serta beribadahlah
kepadaNya seakan-akan engkau melihatNya. Dan apabila engkau tidak melihatNya, ketahuilah
bahawa Dia selalu melihatmu.”
“Dan jika di dalam hatimu timbul
rasa malas pada ketaatan dan cenderung untuk mengerjakan kemaksiatan, katakan
pada nafsumu!
“hai nafsu! Sesungguhnya Allah selalu mendengarmu, melihatmu dan mengetahui
segala rahsia dan bisikanmu.”
Jika ia belum dapat menuruti nasihatmu
kerana kurangnya dalam memahami keagungan Allah, maka peringatkanlah kepadanya akan
dua malaikat yang selalu mencatat kebajikan dan kejahatan, iaitu Raqib dan Atid.
Dan bacakan firman Allah;
“ Ketika dua malaikat yang mencatat amal duduk disebelah kanan dan disebelah
kiri. Tidaklah perkataan yang dikeluarkan seorang melainkan disisinya ada malaikat
Raqib dan Atid.” (Qaaf : 17-18)
“Jika nasihat tersebut tetap tidak
dapat menghentikan tindakannya, berikanlah ia pengertian tentang kematian yang
sudah semakin dekat. Dan kematian adalah satu rahsia yang dinantikan kedatangannya."
“Apabila ajal telah menjemputnya sedangkan ia sentiasa mengerjakan perbuatan-perbuatan
yang tidak diredhai oleh Allah maka hanya penyesalan tiada habis yang ia peroleh.”
“Bila ia masih degil dan tidak menghiraukan
nasihat itu, maka ingatkan ia sekali lagi tentang pahala besar yang dijanjikan oleh
Allah, bagi mereka yang taat kepadNya. Dan kemudian katakanlah kepada nafsu :
“Hai nafsu! Tiada lagi kesempatan untuk bertaubat setelah kematian. Dan
tiada lagi tempat setelah dunia ini, kecuali syurga dan neraka. Pilihlah mana
yang engkau suka! Jika taat kepada Allah, maka kebahagiaan , keredhaan dan kekekalan
di dalam syurga yang luaslah yang engkau terima, bahkan engkau pun akan peroleh
nikmat yang terbesar yakni melihatNya. Jika engkau bermaksiat, tentu kehinaan,
murka dan seksa nerakalah yang pasti engkau terima!”
“Sungguh wahai anakku, nasihat ini
pasti membawa manfaat bagi kehidupanmu, didunia dan akhirat. Kembaralah dengan jiwa
hamba, pasti kembaramu adalah kembara ke syurga!”
Aku memeluk erat tubuh Sang Guru
dengan linangan air mata.Perit sekali saat ini. Berpisah dengan Sang Guru membuatku terasa aku kehilangan segalanya didunia
ini. Namun kukuatkan hati untuk melangkah kembara, kerna disana aku memerlukan sebuah
jawapan. Jawapan tentang sesuatu yang aku cari selama ini.
“Aku pasti kembali!” Getus hatiku
sambil meninggalkan Sang Guru yang semakin jauh dan kabur dari retina mataku.
Akhir, wajahnya hilang ditenggelam kabus pagi yang tebal..
0 Catitan sahabat:
Post a Comment