Apabila dibebani pelbagai masalah berat, atau hati dirundum kekecewaan, mahupun apabila iman dicalari maksiat, manusia sering silap memilih solusi.
Mereka jadikan tidur itu solusi kononnya selepas tidur segala kegusaran itu hilang. Kadangkala makan berlebihan itu difikirkan solusi yang meredakan kegelisahan itu, dan ada yang berfikir dengan karoke serta menjerit itu mampu melenyapkan kekeliruan ini.
Hakikatnya, semua itu hanya menambah derita jiwa itu.
Syaitan semakin kuat dan galak menambah perisa noda pada hati. Dan jahitan luka dihati itu mudah terungkai serta membuat hati semakin parah yang akhirnya membawa kepada 'kematian' hati.
Ambillah solusi yang diajar oleh fitrah.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”
- (Ar Ra’d : 28)
Ambillah wuduk.
Tataplah kalamNya.
Dirikanlah solat sunat.
Atau, hiasi hati dan bibir dengan zikir-zikir. Paling kurang, sebutlah nama Tuhanmu itu berulang kali..
Maka itulah solusi yang benar-benar menatijahkan kedamaian hati, dunia dan akhirat.
Kembalikan hati yang dicuri itu kepada Pemiliknya.
faqir ilallah
junaidi ahmad
Solusi jiwa racau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Catitan sahabat:
Post a Comment