Sembunyikan kebaikanmu.
Jauhi riak. Dalam perbuatan mahupuan dalam perkataan.
Ulama mendatangkan contoh, jika ditanya "anda berpuasa hari ini?"
Maka jawab sahaja, "Ya, aku puasa." atau "Tidak, aku tidak puasa." Cukup sekadar itu.
Tidak perlu menjawab, " Ya, aku puasa. Hari ini kan hari Khamis." atau "Tidak, aku tidak puasa, Selalu hari khamis aku puasa tapi hari ini ada kenduri, justeru aku tidak puasa hari ini."
Tambahan itulah riak yang dibisikkan halus oleh syaitan kepada hatimu. Untuk apa menambah jawapan "hari ni hari khamis.."? Sudah pasti untuk khabarkan pada manusia lain bahawa setiap hari Khamis aku berpuasa!
Para ulama selalu menyembunyikan kebaikannya.
Aku ambil 2 kisah sebagai contoh.
Pertama, Hassan al Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin.
Pernah beliau balik dari suatu tugasan yang meletihkan bersama-sama sahabat-sahabatnya. Sesampai dirumah penginapan mereka pada lewat malam, Hassan al banna berpura-pura tidur bersama-sama sahabat. Setelah yakin semua telah tidur, dia bingkas bangun, berwuduk dan terus menunaikan solat sunat dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.
Kedua, Ali bin Hussain bin Ali bin Abi Talib (Tabi'in yang juga cicit Rasulillah SAW)
Setiap pagi, penduduk kampung yang miskin akan mendapati uncang makanan dihadapan rumah mereka. Mereka langsung tidak tahu siapa yang memberikannya.
Beberapa selepas itu, beliau dijemput Ilahi. Ketika memandikan jenazahnya, lelaki yang memandikannya terkejut kerana terdapat tanda hitam dibahunya, yang mana tanda ini hanya diperoleh apabila selalu memikul bebanan berat dibahu.
Dan semenjak itu juga, tiada lagi uncang makanan dihadapan rumah penduduk miskin. Maka ketahuilah mereka siapa lelaki misteri yang memberikan makanan pada mereka setiap hari.
Allahuakbar. Astargfirullah. Ampunkan kami ya Allah andai kelalaian kami sebelum ini membawa kepada kemurkaanMu. Lindungi kami dari sifat riak dan ujub.
Sembunyikan kebaikanmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Catitan sahabat:
Post a Comment