Buat jiwa yang menulis

Best Blog Tips 11:03 AM


Berkata seorang ulama, Syeikh Syamsuddin Al-Bahibli 

“Janganlah seseorang itu menulis kecuali untuk merealisasikan tujuh tujuan.”
1. menulis mengenai sesuatu perkara yang belum pernah ditulis orang
2. untuk menyempurnakan sesuatu yang masih kurang dan belum sempurna
3. untuk menjelaskan sesuatu yang sukar difahami
4. untuk meringkas yang panjang tanpa mengabaikan faktor-faktor yang penting
5. untuk menampilkan sesuatu yang sebelumnya tidak teratur
6. untuk membetulkan kesilapan
7. mencantumkan sesuatu yang sebelumnya bercerai-berai. 

Dan Rasulullah SAW pernah mengingatkan 

“kebanyakan dosa anak Adam adalah dari lidahnya. Sesungguhnya seseorang itu apabila berkata tanpa usul periksa ia terjun bersama-sama perkataan itu ke neraka yang ukuran dalamnya lebih jauh dari jarak timur dan barat”. 

Maka berhati hatilah wahai jiwa yang menulis. Penamu adalah lidahmu. Ia mampu mengaut pahala dan ia juga mampu menimpakan dosa padamu. 

Musahabah untuk diriku yang faqir. 

~penulis jalanan
15 Ogos 2011
Perpustakaan Universiti,KWSP

5 Catitan sahabat:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Seorang bijak berkata ketika ditanya: "Mengapa engkau sedikit sekali berbicara kepada umat manusia?"

Dijawabnya: "Sesungguhnya Allah yang Maha Pencipta telah menciptakan dua telinga dan satu lisan untukmu supaya engkau lebih banyak mendengar bukan untuk lebih banyak berbicara daripada mendengar."

Peringatan untuk diri

junaidi ahmad said...

wslm ust.

terima kasih atas nasihat.

salam ramadhan.=)

Masshah said...

Semoga segala apa yang kita tuliskan menerima ganjaran dari Allah,mudah-mudahan juga sebagai satu medan dakwah..Insyallah..!

nadbaptist said...

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Selamat hari raya buat tuan..moga berbahagia dihari mulia ini..khas dr akak utk adik sekeluarga

junaidi ahmad said...

Salam eidulfitri kembali akak.^^