Hijrah ini

Best Blog Tips 11:39 AM


Hijrah diri itu sukar. Terlalu sukar. 

Meski dicuba berulang-ulang tetapi pasti kecundang tanpa jiwa yang cekal dan sabar. 

Syaitan dan nafsu memerangi jiwa hingga luka parah agar kembali ke dalam kandang kejahilan dan kemaksiatan yang memerangkap. Terkadang dipandang pelik dan jelik oleh manusia berhati dungu dengan perubahan diri ini. tidak kurang ia dikeji dan dihina. Hatinya di goda berulangkali oleh wangian jahiliah yang menipu. 

Fasa penghijrahan jiwa ini meski nampak tenang diluar, namun gelombang didalam sanubari berombak ganas dan dirobek oleh perlbagai perasaan hingga sukar untuk dijahit semula. 

Di sana ada dua sendi kekuatan untuk memenangi pertarungan ini seperti yang dikhabarkan oleh Almarhum Ustaz Fathi Yakan, iaitu HATI dan AKAL. 

Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup, lembut, bersih, cekal dan selalu mengingati pesanan Sayidina Ali yang berbunyi: 

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai bejana di atas buminya iaitu hati- hati.. maka hati yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah hati yang lembut, bersih dan cekal."

Kemudian Sayidina Ali mentafsirkan (kalimah kalimah tersebut dengan) katanya: 

Cekal dalam pegangan agama, bersih di dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin. 

Akal pula adalah (ciptaan Allah) yang dapat melihat, mempunyai daya memahami sesuatu, mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu-ilmunya di mana dengan ilmu itu kelak ia dapat menghampirkan diri dengan Allah, mengetahui keagungan Allah serta kekuatannya. 

Sabda Rasulullah, 

"Tidaklah beruntung seorang lelaki (dengan satu pemberian) dibandingkan dengan kelebihan kurniaan akal yang dapat membimbing pemiliknya kepada petunjuk dan menahannya dari perkara yang buruk". (Hadis riwayat Al- Mujbir) 

Lalu, marilah wahai diri kita bersihkan daki noda di hati dan pertajamkan akal kurniaanNya ini. 

Moga hijrah ini benar-benar memberi erti. 

p/s : Selalu manusia menunggu masa/peristiwa untuk berubah (spt tahun baru, atau lain2), lalu sebenarnya hijrah itu menjadi khayalan yang terawan-awan tanpa mencapai kejayaan. Ayuh,hijrahlah diri sekarang! Ramadhan adalah medan yang paling sesuai. 

~tetamu Ramadhan 
14 Ogos 2011 
Perpustakaan Universiti, KWSP

1 Catitan sahabat:

Cikgu Ma said...

salam saudara
sungguh penghijarahan memerlukan pengorbanan
entry menarik, renungan untuk diri ini juga
yang berhijrah ke negeri suami dan perlu menyesuaikan
diri dengan budaya dan persekitaran
namun islam yang erlu dijunjung
salam ramdhan