Solat Jenazah

Best Blog Tips 6:56 PM




Bismillah.

Aku yakin, jika ditanya 10 orang mahasiswa mahupun orang awam tentang solat jenazah, pasti hanya 3/10 yang tahu. Yang lain,sekadar menggeleng kepala. setuju??

Jadi kesempatan ini aku rasa terpanggil untuk berkongsi cara/kaifiat solat jenazah yang paling ringkas. Moga bermanfaat.

Baik, mudah dan ringkas.

Solat jenazah ada 4 takbir sahaja (bukan 4 rakaat ye), jadi tidak ada rukuk mahupun sujud.

1. Takbir pertama berserta NIAT.Selepas takbir baca AL FATIHAH.

Niat:
Sahaja aku sembahyangkan mayat ini 4 takbir fardhu kerana Allah Taala.

2. Takbir kedua.Selepas takbir, baca SELAWAT.

Selawat :
Allahumma solli a'la Muhammad.

3. Takbir ketiga. selepas takbir, baca DOA ke atas mayat.

Doa :
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

4. Takbir keempat. Selepas takbir, beri SALAM.

Salam:
Assalamualaikum warahmatullah (Kanan dan kiri)

Alhamdulillah. Itu sahaja.

Selalulah lazimi menziarahi kematian nescaya ia mendekatkan diri kepada Allah.

Sebarlah kebaikan ini, moga secalit kejahilan dapat dipadamkan.

faqir ilallah
Taman Kemajuan
05 Rabiul Awal 1433H

4 Catitan sahabat:

Nazihah@Jiha said...

alfu syukran...

refresh.

junaidi ahmad said...

afwan. sama2 belajar dan mengulang pelajaran. =)

Addien said...

Salam ziarah dari WADi, syukran atas perkongsian..zaman ini memang ramai syabab yang kurang arif bab urus jenazah..sebaiknya kita mula mengorak langkah mengambil alih tugas warga tua kerana suatu saat kelak pabia mereka sudah tiada, kita lah penerus tugas ini..

moga dipermudahkan Allah..jemput ke blog untuk menambah ilmu..insyaAllah :)

junaidi ahmad said...

insyaAllah. sama2 berkongsi ilmu dan rasa. =)