Bismillah.
Siapa tidak kenal Pak Hamka, ulama tersohor di Nusantara ini. Nama penuh beliau ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau meninggal dunia pada 1981M pada usia 73 tahun di Malaysia.
Semasa hanyatnya, Pak Hamka seorang yang petah berpidato, berjiwa seni dan telah menghasilkan banyak karya-karya besar termasuklah beberapa buah novel.
Novelnya Di Bawah Lindungan Kaabah (1936) telah di adaptasi ke filem pada tahun 1981 kemudian di ulang lakon pada 2011.
Aku masih mencari point yang nak disampaikan dalam filem ini.Karya Pak Hamka memang agak sukar untuk diserap kerana bagiku yang tidak reti ini, ia agak 'tinggi'. Tidak hairanlah dua karyanya yang sedang aku kunyah sekarang (Tasawuf Moden dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck) terpaksa aku ulang dan hadam beberapa kali. Memang lemah diri ini..
Untuk filem ini, aku hanya mampu tersenyum untuk mengganti ulasan.
Mari berkongsi rasa bersama. =)
Aku tertarik dengan satu ungkapan dalam filem ini.
“Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus terus kita bawa; keyakinan, dan cinta.” – Hamid
faqir ilallah
Taman Kemajuan
07 Rabiul Awal 1433H
2 Catitan sahabat:
assalamualaiku.
antara ungkapan yang terkesan, filem Dibawah Lindungan Ka'bah.
“Apa pun yang akan terjadi, ingatlah bahawa ketika engkau tak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup.”
itu ana rasa ^^,
waalaikumussalam wbt
Allahurabbi..benar skali sahabat.
Cukuplah Allah itu sbg penolong.
=)
Post a Comment