Tajamkan pensilmu

Best Blog Tips 12:59 PM 0 Comments


Bismillah walhamdulillah. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Selalu kita mencemburui dan dengki apa yang ada pada sahabat kita. Mereka punyai kereta, kita cemburu. Mereka punyai sedikit kelebihan terus jua kita cemburu. Kerana pada kita, kehidupan mereka lebih baik dari kita. Lalu kita bermimpi kita akan punyai apa yang mereka ada, bahkan lebih dari mereka!

Ikhwah, sedarlah dari mimpi itu! Mimpi itu hanya mengulit kalian jauh dari realiti sebenar.

Aku tidak menghalang darimu untuk mencemburui mereka, tapi itu hal yang kecil sahabat. Setiap kita punyai kelebihan yang tersendiri. Tidak kecuali seorang pun!

Maka, fokuslah pada kelebihan itu. Gali, dan ketemuinya sendiri. Gilap dan sinarkanlah ia. dan kembangkanlah ia demi meraih redha Ilahi.

Inilah yang aku temui sebuah mutiara kehidupan yang aku fahami sekarang, maka aku kongsikan dengan kalian. Moga ada manfaat besar untuk bersama.

"Tajamkan pensilmu sendiri, jangan mencemburui pen yang ada pada sahabatmu. Agar kertas putih tidak terus dibiarkan kosong."

faqir ilallah
junaidiahmad

Ikhwah.. masihkah kau berjemaah?

Best Blog Tips 2:28 AM 0 Comments

Bismillah walhamdulillah. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Ikhwah, pernah didalam suatu peperangan yang di riwayatkan oleh Jabir RA yakni peperangan tentera Rasulullah dengan Kaum Juhainah yang menyaksikan peperangan sengit berlaku. Meskipun begitu akhi, baginda Rasulillah SAW bersama tenteranya masih melakukan solat Zohor dan Asar berjemaah.

Begitu juga ketika baginda gering. Ikhwah yang aku kasihi, saat ini diceritakan oleh sahabat baginda yang mulia.

Daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah RA, katanya:

“Suatu hari aku datang menemui ‘Aisyah, lalu aku katakana kepadanya: “Bolehkah engkau ceritakan kepadaku mengenai kesakitan yang dideritai oleh Rasulullah SAW?”

Jawab ‘Aisyah:

Bahkan!

Lalu ‘Aisyah pun memulakan ceritanya dengan katanya:

Ketika Rasulullah sedang sakit tenat, Baginda telah bertanya kepadaku:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (isyak)?”
.

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua sedang menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah:

“Ambilkan untukku sebekas air.”

Kata ‘Aisyah:

“Kami pun memperkenankan permintaannya.”

Lalu Baginda SAW terus mandi. Setelah selesai berpakaian, Baginda pun mula bangun untuk berjalan ke masjid. Tiba-tiba Baginda jatuh pengsan.

Tidak lama kemudian Banginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:
“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah SAW:

"Ambilkan lagi untukku sebekas air."

Lalu banginda SAW (bangun dari tidurnya) dan duduk. Kemudian Baginda SAW terus mandi. (Setelah selesai berpakaian), Baginda pun mula bangun dan berjalan (ke masjid) tiba-tiba Baginda jatuh pengsan lagi.”

Tidak lama kemudian Baginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah SAW: Ambilkan lagi untukku sebekas air.

Lalu banginda SAW (bangun dari tidurnya) dan duduk. Kemudian Baginda SAW terus mandi. (Setelah selesai berpakaian), Baginda pun mula bangun dan berjalan (ke masjid) tiba-tiba Baginda jatuh pengsan lagi (untuk kali ketiga).

Tidak lama kemudian Baginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Para sahabat masih berhimpun di masjid kerana menanti kedatangan Rasulullah SAW untuk solat Isyak berjemaah. Justeru itu, Baginda SAW pun menghantar seorang utusan bagi menemui Abu Bakar RA dengan tujuan supaya Abu Bakar menggantikan tempatnya sebagai Imam solat Isyak. Bila utusan itu menemui Abu Bakar, dia terus berkata

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan kamu supaya menggantikan tempatnya sebagai Imam (solat Isyak).”

Saidina Abu Bakar RA seorang lelaki yang sangat sensitif perasaanya (kerana itu dia seorang yang mudah menangis. Lantaran itu) Abu Bakar RA telah berkata kepada Umar RA:

“Wahai Umar! Engkaulah saja yang mengimami solat Isya (pada malam ini)”.

Jawab Umar:

“Engkaulah yang lebih layak untuk mengimaminya."

Mendengar jawapan tegas Umar itu, Abu Bakar pun mengimami solat Isyak pada malam itu dan solat-solat lain pada hari berikutnya.

Itulah yang diceritakan oleh Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah RA sepertimana dinukil dalam Sahih Bukhari.

Akhi, cuba dalami sirah ini dengan dasar hati yang ikhlas untuk menjadi umat baginda SAW.

Sesibuk mana hidupmu, walau seletih mana hari-harimu, walau sakit dan demam mennyerangmu, ikhtiarlah dengan apa cara sekalipun untuk berjamaah pada 5 waktu solatmu!!

Moga kisah ini aku jadikan motivasi untuk menjadi umatmu yang terbaik ya Rasulullah.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

faqir ilallah, junaidiahmad

teruskan akhi

Best Blog Tips 7:35 AM 0 Comments



hidup umpama musafir di tengah gurun yang panjang
awalnya perlu bekalan cukup
dipersiapkan segala mental dan fizikal
ikhtiar untuk hidup perlu sebati
Tuhan dan diri bersatu sempurna pada hati

tidak boleh leka ya akhi
leka dengan kedhaifan dan kemalasan diri
dan leka dari mengingatiNya

berjalan harusnya, terus utuh tanpa sangsi
kenal dan yakin dengan jalan yang ditempuh
berbeda dengan manusia lain bukanlah alasan untuk kita berhenti menapak

manusia berbisik pada telinga sumbing yang penuh debu
katanya kau gila dan tiada siuman
kerna mimpimu terlalu sukar dicapai oleh akal mereka

kau-harus ada tiga ; tiga mengikat kuat hati dalam jasadmu
satu, yakin dengan jalan yang ambil
dua, sesekali jangan engkau mengeluh dan putus asa ; senyumlah kerna ia penawar hati lemah
tiga, Tuhan itu harus kau jadikan Tuhan, bukan hamba yang bernama Tuhan - tempat yang paling ampuh untuk bergantung ; harap kau mengerti.

maka aku katakan pada kau wahai diri, teruslah akhi
terbang tinggi bersama-sama mimpimu
sehingga bulan dan suria mencemburuimu!

junaidiahmad
Taman Kemajuan
24 Rabiul Akhir 1433H

Rasulullah dan sebiji limau

Best Blog Tips 11:36 AM 0 Comments

Bismillah.

Suatu hari ketika Rasulullah bersama beberapa orang sahabat, baginda didatangi oleh seorang wanita kafir.

Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Baginda menerimanya dengan gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Ikhwah, begitulah akhlak baginda yang mulia.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

faqir ilallah
Taman Melati Indah, Beseri

4 cara bertemu Rasulullah SAW

Best Blog Tips 1:06 AM 0 Comments



Bismillah.

Akhi, ada 4 cara yang disebut oleh ulama' untuk bertemu dengan Rasulullah.

1. berselawat kepada Rasulullah dengan rasa CINTA. Terkadang kita hanya berselawat, tapi tanpa rasa. Cubalah mengungkap selawat dengan rasa cinta yang membugar dihati..

2. MengAGUNGkan sunnah Rasulullah. Bukan sahaja kita mengetahui sunnah-sunnah baginda, namun kita mengagungkannya.

3. berkhidmat untuk umat Rasulullah. Rasulullah amat menyayangi umat baginda. Umatnya yang berbakti pada umatnya yang lain sudah pasti mendapat lebih cinta Rasulullah.

4. Menyebarkan dakwah Rasulullah. Inilah yang Rasulullah cinta sehingga menolak bulan dan matahari. Jadi, mengapa kita tidak mencintainya?

faqir ilallah
Taman Kemajuan
Rabiul Akhir 1433H