Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Hafalan Shalat Delisa

Best Blog Tips 1:32 AM 0 Comments

Bismillah.

Ini filem yang hangat diperkatakan dalam facebook. Ramai yang share di wall masing-masing.

Jom nonton sama-sama. ;-)



faqir ilallah
Taman Kemajuan
10 Rabiul Awal 1433H

Di Bawah Lindungan Kaabah

Best Blog Tips 12:02 AM 2 Comments


Bismillah.

Siapa tidak kenal Pak Hamka, ulama tersohor di Nusantara ini. Nama penuh beliau ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau meninggal dunia pada 1981M pada usia 73 tahun di Malaysia.

Semasa hanyatnya, Pak Hamka seorang yang petah berpidato, berjiwa seni dan telah menghasilkan banyak karya-karya besar termasuklah beberapa buah novel.

Novelnya Di Bawah Lindungan Kaabah (1936) telah di adaptasi ke filem pada tahun 1981 kemudian di ulang lakon pada 2011.

Aku masih mencari point yang nak disampaikan dalam filem ini.Karya Pak Hamka memang agak sukar untuk diserap kerana bagiku yang tidak reti ini, ia agak 'tinggi'. Tidak hairanlah dua karyanya yang sedang aku kunyah sekarang (Tasawuf Moden dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck) terpaksa aku ulang dan hadam beberapa kali. Memang lemah diri ini..

Untuk filem ini, aku hanya mampu tersenyum untuk mengganti ulasan.

Mari berkongsi rasa bersama. =)



Aku tertarik dengan satu ungkapan dalam filem ini.

“Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus terus kita bawa; keyakinan, dan cinta.” – Hamid

faqir ilallah
Taman Kemajuan
07 Rabiul Awal 1433H

Sang Pemimpi

Best Blog Tips 5:22 PM 1 Comments



Bismillah.

"Orang macam kita, harus bisa bermimpi, kalau tak bermimpi kita akan mati." Itulah ungkapan bermotivasi Arai didalam filem ini.

Sang Pemimpin adalah filem sambungan dari Laskar Pelangi (2008), yang mengisahkan 3 orang sahabat Arai, Ikal dan Jimbron dalam mengejar mimpi mereka.

Sangat bermotivasi! Itulah ungkapan yang aku dapat simpulkan setelah menonton filem ini.

Mari berkongsi rasa. =)



"Kalau nak mimpi yang tinggi-tinggi, mimpilah. tapi kau harus yakini mimpi itu dan temukan jalan terbaik buat meraihnya. jangan kau fikir jalan menuju ke sana akan mulus, sebaliknya akan banyak rintangan." Pak Mustar.

faqir ilallah
bumi Wakafan MADI
03 Rabiul Awal 1433H

Laskar Pelangi

Best Blog Tips 6:53 PM 0 Comments




Seindah warnanya, seindah itulah erti hidup yang digarapkan dalam filem ini.

Laskar pelangi. Itulah tajuknya. Filem yang dikeluarkan pada tahun 2008 ini berjaya menambat hatiku.

Terlalu banyak siulan kehidupanan yang dapat ku hafal dan ku olah dalam hidup aku yang faqir ini. Tidaklah aku ingin mengulas lanjut halnya, tetapi ia benar-benar terkesan dalam jiwa aku.

Mesej yang disampaikan perlu dihadami baik.

Selamat menonton sahabat. =)




faqir ilallah
Taman Kemajuan
02 Rabiual Awal 1433H

Alangkah Lucunya Negeri Ini

Best Blog Tips 6:29 PM 2 Comments



Aku terjumpa sebuah lagi filem yang membina ketika melewati sesawang sahabat-sahabat.

Mari sama-sama menonton. =)



Mengurus masyarakat bukan semudah mengurus mahasiswa. Itu hakikat yang aku rasai.

Aku masih belajar memahami seni bermasyarakat. Moga Allah permudahkan aku.

~07 Dis 2011

Taree Zamen Par

Best Blog Tips 1:14 AM 6 Comments



Jujur, aku melihat industri filem Malaysia ketandusan ketamadunan. Saban hari filem yang dihasilkan sangat-sangat tidak membantu dalam pembinaan sahsiah akal.

Gangster, lawak, dan seram - inilah menjadi santapan akal penonton di Malaysia. Kosong tanpa makna. bahkan menyemarakkan lagi kebatilan.

Aku kongsikan sebuah filem yang pada fikiran aku ia mampu memberi sesuatu pada akal untuk dikunyah dan difikirkan.

Aku bukan kaki hindustan, tetapi tatapan sebeginilah yang diperlukan sebagai alternatif untuk menggantikan filem-filem yang kiah rakus meroboh nilai moral kemanusiaan.

Aku sukakan filem ini. Selamat menonton.


Dapat sesuatu? hadamlah pada akal yang sihat.

mari membina dunia baru. =)

~dunia baru
junaidiahmad
14 Nov 2011
bumi wakafan MADI

Ia memanggilmu..

Best Blog Tips 8:55 AM 2 Comments

Bismillah walhamdulillah.

Ramai yang mengakui kematian itu datang secara tiba-tiba, namun malangnya ia tidak menjadikannya jiwanya takut kepada Allah lantaran hanya menjadikan ia hanya kepercayaan bukan sebuah keyakinan.

Kalau mereka yakin, manakan sempat mereka bermaksiat kepada Allah. Manusia yang yakin bahawa kematian itu datangnya kadangkala tanpa memerlukan wasilah seperti kemalangan, sakit atau sebagainya akan beramal sebaik mungkin untuk menghadapi hari yang tidak bertarikh itu. Kematian itu akan menjemput meskipun ketika mereka sihat sedang berjalan atau bercakap andai itulah ketetapan Allah.

Ya, kita sudah lihat manusia meninggal dipembaringan akibat kanser atau tua. kita juga pernah lihat manusia meninggal akibat kemalangan ngeri atau kebakaran. Hal inilah yang menjadikan kita yakin bahawa kanser, tua, kemalangan atau kebakaran itu adalah menghampirkan kita dengan kematian, tetapi hakikatnya bukan begitu. Sebenarnya setiap hari kita hampir dengan kematian. Ketika tidur, mandi, makan, solat atau segala aktiviti harian kita, ajal itu akan jua mendatangi.

Aku kongsikan beberapa video kematian. Moga ia menambah keyakinan kematian itu hampir dengan kita, bahkan terlalu hampir.












Bagaimana sekarang? Masihkah ada niat dihati untuk bermaksiat kepadaNya? Lupuskanlah niat itu, jangan sampai nyawa dicabut diwaktu sedang bermaksiat kepada Allah.

Ayuh, kita bersiap menghadapinya!

~di hari akhir
03 Nov 2011
Bumi Wakafan MADI

Sang Pencerah

Best Blog Tips 10:03 AM 0 Comments


Bismillah walhamdulillah.

Segala puja dan puji bagi Allah serta selawat dan salam kepada  Rasulullah SAW.

Kita tinggalkan sekejap cerita karut yang melanda Malaysia kini. Tinggalkan Hantu bonceng, tinggalkan 3GP, dan semua cerita yang tak membina.

Sahabat, saya ingin bawakan kalian satu tayangan yang bermanfaat untuk kalian. Mudah-mudahan ia memberi nafas baru dalam diri kalian.



Sang Pencerah - Saya sukakannya! Kalian bagaimana?

junaidiahmad
15 Oktober 2011
Bumi Wakafan MADI