rukun mujahadah

Best Blog Tips 12:15 AM 2 Comments

Bismillah walhamdulillah.

Almarhum Ustaz Said Hawa dalam kitab Tarbiyatuna al-Ruhiyyah, menggariskan empat rukun mujahadah.

1. Senyap - kurang bercakap, melainkan zikir dan perkara kebaikan.

2. Berlapar - kurangkan makan. Banyak makan akan melebarkan ruang syaitan yang masuk ke badan manusia melalui saluran darah.

3. Bersendirian atau uzlah - prinsip asas (al-aslu) dalam hidup bermasyarat ialah perlunya bercampur gaul (khultoh). Akan tetapi, perlu ada masa untuk kita bersedirian untuk bertawajjuh di hadapan Allah.

4. Kurangkan tidur.

30 April 2011
Kangar, Perlis

cinta palsu

Best Blog Tips 9:50 PM 0 Comments

bagiku segala cinta adalah palsu. benar. palsu semuanya.

"akhi, bagaimana cintakan Allah? apakah ia juga palsu maksudmu?"

ya, palsu. tapi bukan hakikat cinta Ilahi itu yang palsu, yang menjadinya palsu adalah pengungkapnya.

aduh. betapa ramai, bahkan semua manusia yang aku jumpai, lidah mereka mengungkap cinta pada Allah. Rindu pada Allah. tapi hakikatnya mereka menipu!

apakah tidak dikira menipu anda hanya lidah yang mengungkap sedangkan anggotanya menafikan dengan bermaksiat pada Allah? aduhai..

betapa zalimnya manusia. betapa hipokritnya kita. mengungkap cinta kepadaNya demi menarik cinta manusia yang menjauhkan dariNya.

aku secara peribadi tertarik dengan ungkapan ustaz hasrizal berkenaan cinta.

"cinta kepada Allah akan menghampirkan kita pada makhlukNya, begitu juga cintakan makhlukNya akan membawa penghampiran kepada Allah."

setuju aku akan klise ni. inilah cinta yang benar-benar suci. mencintai Allah pada hakikat yang benar. mencintai manusia pada hakikat yang betul.

cinta manusia dan cinta Allah itu tidak pernah bertindih.

aku seru disini terutama untuk diriku sendiri dan sahabat, muhasabahkanlah cinta kita.

apakah ia cinta palsu atau cinta suci?

29 April 2011
Kangar, Perlis

Perkongsian : dilahirkan untuk orang lain

Best Blog Tips 9:25 PM 0 Comments

Bismillah walhamdulillah.

Semalam aku hadir dalam kuliah bulanan Ustaz Lutfi Arifin.

Beliau mensyarahkan kitab Riyadus Solihin. Alhamdulillah, aku terkesan dengan penyampaian malam itu. dengan membacakan hadis tentang sabar dalam berjuang, beliau dengan penjang lebar menghuraikannya penuh arif. Allahuakbar.

Aku juga tertarik dengan salah satu untaian bicaranya.

"Orang beriman dilahirkan bukan untuk dirinya tetapi untuk manusia lain."

Allahurabbi, betapa aku menyedari betapa kerdilnya aku untuk mencapai status orang beriman tersebut.

Orang beriman lahir atas kepentingan manusia marhaen lain bukan atas kepentingan dia. Mereka berjuang tanpa ada sedikit rasa hati mereka ingin mengaut keuntungan!

Jiwa mereka benar-benar tulus berjuang. Tiada lumpur riak dan cacat amalan mereka dengan tujuan yang batil.

Jiwa kerdilku berkata, aku mesti menjadi golongan itu!

29 April 2011
Kangar, Perlis