Pesanan Kembara

Best Blog Tips 6:33 PM 0 Comments



Maka ketika aku ingin memulakan pengembaraan aku kembali, Sang Guru meletakkan tangannya yang mulia diatas bahuku dan memberi pesan,

“Anakku, perjalanan pengembaraan ini umpama perjalananan kita di atas dunia fana ini. Hendaklah engkau selalu mengawasi diri dalam setiap perbuatanmu. Dan hendaklah engkau sedar bahawa Allah selalu dekat denganmu.”

Mata Sang Guru redup membuatkan begitu senang memandangnya. Wajahnya bercahaya dengan cahaya wuduk yang tidak pernah hilang dari tubuhnya.Tenang jiwaku menatapnya.

“Inilah pesananku, maka berpesanlah jua pada manusia lain, sesungguhnya Allah Swt itu sangat menyukai hambaNya yang saling memberi pesan.”

“Anakku, Dia selalu mengetahui dan mengawasi segala perbuatanmu. BagiNya tidak ada sesuatu yang rahsia dan samar. Makhluk sekecil apapun yang ada dibumi dan langit tidakakan pernah lepas dari pengawasanNya.”

“Ingatlah bahawa Dia sentiasa mengetahui apa yang engkau bicarakan, baik engkau bersuara keras mahupun sir (rahsia). Di manasahajaengkauberasa, Diabersamamu, danDialah yang MahaKuasa.”

“Petunjuk, pertolongan dan penjagaanNya hanya tercurah kepadamu jika engkau tergolong orang-orang yang berbuat baik.”

Setiap bait-bait pesanan sang guru berpintal bersama desiran angin pagi yang sangat aman, menari nari didalam telingaku.

Sang guru perpesan lagi,

“Hendaklah engkau malu kepadaNya. Kerjakanlah perintah-perintahNya dan jauhilah larangan-laranganNya serta beribadahlah kepadaNya seakan-akan engkau melihatNya. Dan apabila engkau tidak melihatNya, ketahuilah bahawa Dia selalu melihatmu.”

“Dan jika di dalam hatimu timbul rasa malas pada ketaatan dan cenderung untuk mengerjakan kemaksiatan, katakan pada nafsumu!

“hai nafsu! Sesungguhnya Allah selalu mendengarmu, melihatmu dan mengetahui segala rahsia dan bisikanmu.”

Jika ia belum dapat menuruti nasihatmu kerana kurangnya dalam memahami keagungan Allah, maka peringatkanlah kepadanya akan dua malaikat yang selalu mencatat kebajikan dan kejahatan, iaitu Raqib dan Atid. Dan bacakan firman Allah;

“ Ketika dua malaikat yang mencatat amal duduk disebelah kanan dan disebelah kiri. Tidaklah perkataan yang dikeluarkan seorang melainkan disisinya ada malaikat Raqib dan Atid.” (Qaaf : 17-18)

“Jika nasihat tersebut tetap tidak dapat menghentikan tindakannya, berikanlah ia pengertian tentang kematian yang sudah semakin dekat. Dan kematian adalah satu rahsia yang dinantikan kedatangannya." 

“Apabila ajal telah menjemputnya sedangkan ia sentiasa mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah maka hanya penyesalan tiada habis yang ia peroleh.”

“Bila ia masih degil dan tidak menghiraukan nasihat itu, maka ingatkan ia sekali lagi tentang pahala besar yang dijanjikan oleh Allah, bagi mereka yang taat kepadNya. Dan kemudian katakanlah kepada nafsu :

“Hai nafsu! Tiada lagi kesempatan untuk bertaubat setelah kematian. Dan tiada lagi tempat setelah dunia ini, kecuali syurga dan neraka. Pilihlah mana yang engkau suka! Jika taat kepada Allah, maka kebahagiaan , keredhaan dan kekekalan di dalam syurga yang luaslah yang engkau terima, bahkan engkau pun akan peroleh nikmat yang terbesar yakni melihatNya. Jika engkau bermaksiat, tentu kehinaan, murka dan seksa nerakalah yang pasti engkau terima!”

“Sungguh wahai anakku, nasihat ini pasti membawa manfaat bagi kehidupanmu, didunia dan akhirat. Kembaralah dengan jiwa hamba, pasti kembaramu adalah kembara ke syurga!”

Aku memeluk erat tubuh Sang Guru dengan linangan air mata.Perit sekali saat ini. Berpisah dengan Sang Guru  membuatku terasa aku kehilangan segalanya didunia ini. Namun kukuatkan hati untuk melangkah kembara, kerna disana aku memerlukan sebuah jawapan. Jawapan tentang sesuatu yang aku cari selama ini.

“Aku pasti kembali!” Getus hatiku sambil meninggalkan Sang Guru yang semakin jauh dan kabur dari retina mataku. Akhir, wajahnya hilang ditenggelam kabus pagi yang tebal..

kembali

Best Blog Tips 12:06 PM 0 Comments


Aku rindu,
pada waktu itu,
kekuatan yang memeluk daku,
pada cinta itu,
kebahagiaan yang membuat aku terbang,
pada rasa itu,
ketenangan yang melingkari sanubari,

dan pada pena yang memberi nafas pada hidup.

Aku benar-benar rindu,
dan kini aku kembali,
dicelah kekalutan belantara resah dan gelisah,
dalam larian kehidupan yang amat memenatkan.
Moga aku kuat!

travelog iman

Best Blog Tips 11:12 PM 0 Comments

jaga hatimu ya akhi.

bagaimana?
jaga lidahmu dari sebar dan suburkan fitnah, jangan berdusta.
jaga matamu dari pandangan maksiat dan liar.
jaga perutmu dari yang haram dan syubhah.

bagaimana nak menjaga semua ni?

dengan ihsan. rasakan bahawa Allah sedang memerhatikan kamu 24jam ya akhi.

banyakkan zikir, selawat, quran dan doa.
banyakkan jua membaca buku ilmiah.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

-Kuala Terengganu

Bahasa keadilan

Best Blog Tips 5:23 PM 0 Comments

Ketika dunia sedang derita
syaitan dan iblis bermaharajalela
menambahkan lagi duka dunia tua
manusia-manusia merasakan sudah tiba
untuk bangkit merawat luka

tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama
manusia bersatu dibawah satu bahasa
yang difahami seluruh cakerawala dan buana
-bahasa keadilan!

seribu empat ratus tahun dahulu
bahasa itu pernah dilantunkan dibumi Munawwarah
para malaikat bersatu dengan manusia
patuh pada Tuhan yang Esa
dibawah bahasa ini- bahasa keadilan!

hari ini,
setelah lama bahasa ini cuba dipadam dan direndam dalam relau yang membakar
tak sesekali ia mencair menjadi abu
bahkan kini, menjadi belati tajam
memancung leher-leher syaitan iblis yang gila!

-Kuala Terengganu (12 Jun)

tentang cinta IV

Best Blog Tips 8:03 PM 0 Comments

cinta
bukan untuk dilafazkan
sebaliknya untuk dibuktikan.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

Tajamkan pensilmu

Best Blog Tips 12:59 PM 0 Comments


Bismillah walhamdulillah. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Selalu kita mencemburui dan dengki apa yang ada pada sahabat kita. Mereka punyai kereta, kita cemburu. Mereka punyai sedikit kelebihan terus jua kita cemburu. Kerana pada kita, kehidupan mereka lebih baik dari kita. Lalu kita bermimpi kita akan punyai apa yang mereka ada, bahkan lebih dari mereka!

Ikhwah, sedarlah dari mimpi itu! Mimpi itu hanya mengulit kalian jauh dari realiti sebenar.

Aku tidak menghalang darimu untuk mencemburui mereka, tapi itu hal yang kecil sahabat. Setiap kita punyai kelebihan yang tersendiri. Tidak kecuali seorang pun!

Maka, fokuslah pada kelebihan itu. Gali, dan ketemuinya sendiri. Gilap dan sinarkanlah ia. dan kembangkanlah ia demi meraih redha Ilahi.

Inilah yang aku temui sebuah mutiara kehidupan yang aku fahami sekarang, maka aku kongsikan dengan kalian. Moga ada manfaat besar untuk bersama.

"Tajamkan pensilmu sendiri, jangan mencemburui pen yang ada pada sahabatmu. Agar kertas putih tidak terus dibiarkan kosong."

faqir ilallah
junaidiahmad

Ikhwah.. masihkah kau berjemaah?

Best Blog Tips 2:28 AM 0 Comments

Bismillah walhamdulillah. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Ikhwah, pernah didalam suatu peperangan yang di riwayatkan oleh Jabir RA yakni peperangan tentera Rasulullah dengan Kaum Juhainah yang menyaksikan peperangan sengit berlaku. Meskipun begitu akhi, baginda Rasulillah SAW bersama tenteranya masih melakukan solat Zohor dan Asar berjemaah.

Begitu juga ketika baginda gering. Ikhwah yang aku kasihi, saat ini diceritakan oleh sahabat baginda yang mulia.

Daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah RA, katanya:

“Suatu hari aku datang menemui ‘Aisyah, lalu aku katakana kepadanya: “Bolehkah engkau ceritakan kepadaku mengenai kesakitan yang dideritai oleh Rasulullah SAW?”

Jawab ‘Aisyah:

Bahkan!

Lalu ‘Aisyah pun memulakan ceritanya dengan katanya:

Ketika Rasulullah sedang sakit tenat, Baginda telah bertanya kepadaku:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (isyak)?”
.

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua sedang menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah:

“Ambilkan untukku sebekas air.”

Kata ‘Aisyah:

“Kami pun memperkenankan permintaannya.”

Lalu Baginda SAW terus mandi. Setelah selesai berpakaian, Baginda pun mula bangun untuk berjalan ke masjid. Tiba-tiba Baginda jatuh pengsan.

Tidak lama kemudian Banginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:
“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah SAW:

"Ambilkan lagi untukku sebekas air."

Lalu banginda SAW (bangun dari tidurnya) dan duduk. Kemudian Baginda SAW terus mandi. (Setelah selesai berpakaian), Baginda pun mula bangun dan berjalan (ke masjid) tiba-tiba Baginda jatuh pengsan lagi.”

Tidak lama kemudian Baginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Sabda Rasulullah SAW: Ambilkan lagi untukku sebekas air.

Lalu banginda SAW (bangun dari tidurnya) dan duduk. Kemudian Baginda SAW terus mandi. (Setelah selesai berpakaian), Baginda pun mula bangun dan berjalan (ke masjid) tiba-tiba Baginda jatuh pengsan lagi (untuk kali ketiga).

Tidak lama kemudian Baginda SAW sedar dari pengsannya. Baginda lantas bersabda:

“Adakah para sahabat (yang berada di masjid) dah selesai menunaikan solat (Isyak)?”

Kami lantas menjawab:

“Belum, mereka semua masih menunggu kedatangan Tuan.”

Para sahabat masih berhimpun di masjid kerana menanti kedatangan Rasulullah SAW untuk solat Isyak berjemaah. Justeru itu, Baginda SAW pun menghantar seorang utusan bagi menemui Abu Bakar RA dengan tujuan supaya Abu Bakar menggantikan tempatnya sebagai Imam solat Isyak. Bila utusan itu menemui Abu Bakar, dia terus berkata

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan kamu supaya menggantikan tempatnya sebagai Imam (solat Isyak).”

Saidina Abu Bakar RA seorang lelaki yang sangat sensitif perasaanya (kerana itu dia seorang yang mudah menangis. Lantaran itu) Abu Bakar RA telah berkata kepada Umar RA:

“Wahai Umar! Engkaulah saja yang mengimami solat Isya (pada malam ini)”.

Jawab Umar:

“Engkaulah yang lebih layak untuk mengimaminya."

Mendengar jawapan tegas Umar itu, Abu Bakar pun mengimami solat Isyak pada malam itu dan solat-solat lain pada hari berikutnya.

Itulah yang diceritakan oleh Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah RA sepertimana dinukil dalam Sahih Bukhari.

Akhi, cuba dalami sirah ini dengan dasar hati yang ikhlas untuk menjadi umat baginda SAW.

Sesibuk mana hidupmu, walau seletih mana hari-harimu, walau sakit dan demam mennyerangmu, ikhtiarlah dengan apa cara sekalipun untuk berjamaah pada 5 waktu solatmu!!

Moga kisah ini aku jadikan motivasi untuk menjadi umatmu yang terbaik ya Rasulullah.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

faqir ilallah, junaidiahmad

teruskan akhi

Best Blog Tips 7:35 AM 0 Comments



hidup umpama musafir di tengah gurun yang panjang
awalnya perlu bekalan cukup
dipersiapkan segala mental dan fizikal
ikhtiar untuk hidup perlu sebati
Tuhan dan diri bersatu sempurna pada hati

tidak boleh leka ya akhi
leka dengan kedhaifan dan kemalasan diri
dan leka dari mengingatiNya

berjalan harusnya, terus utuh tanpa sangsi
kenal dan yakin dengan jalan yang ditempuh
berbeda dengan manusia lain bukanlah alasan untuk kita berhenti menapak

manusia berbisik pada telinga sumbing yang penuh debu
katanya kau gila dan tiada siuman
kerna mimpimu terlalu sukar dicapai oleh akal mereka

kau-harus ada tiga ; tiga mengikat kuat hati dalam jasadmu
satu, yakin dengan jalan yang ambil
dua, sesekali jangan engkau mengeluh dan putus asa ; senyumlah kerna ia penawar hati lemah
tiga, Tuhan itu harus kau jadikan Tuhan, bukan hamba yang bernama Tuhan - tempat yang paling ampuh untuk bergantung ; harap kau mengerti.

maka aku katakan pada kau wahai diri, teruslah akhi
terbang tinggi bersama-sama mimpimu
sehingga bulan dan suria mencemburuimu!

junaidiahmad
Taman Kemajuan
24 Rabiul Akhir 1433H

Rasulullah dan sebiji limau

Best Blog Tips 11:36 AM 0 Comments

Bismillah.

Suatu hari ketika Rasulullah bersama beberapa orang sahabat, baginda didatangi oleh seorang wanita kafir.

Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Baginda menerimanya dengan gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Ikhwah, begitulah akhlak baginda yang mulia.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

faqir ilallah
Taman Melati Indah, Beseri

4 cara bertemu Rasulullah SAW

Best Blog Tips 1:06 AM 0 Comments



Bismillah.

Akhi, ada 4 cara yang disebut oleh ulama' untuk bertemu dengan Rasulullah.

1. berselawat kepada Rasulullah dengan rasa CINTA. Terkadang kita hanya berselawat, tapi tanpa rasa. Cubalah mengungkap selawat dengan rasa cinta yang membugar dihati..

2. MengAGUNGkan sunnah Rasulullah. Bukan sahaja kita mengetahui sunnah-sunnah baginda, namun kita mengagungkannya.

3. berkhidmat untuk umat Rasulullah. Rasulullah amat menyayangi umat baginda. Umatnya yang berbakti pada umatnya yang lain sudah pasti mendapat lebih cinta Rasulullah.

4. Menyebarkan dakwah Rasulullah. Inilah yang Rasulullah cinta sehingga menolak bulan dan matahari. Jadi, mengapa kita tidak mencintainya?

faqir ilallah
Taman Kemajuan
Rabiul Akhir 1433H

Terus memberi

Best Blog Tips 12:50 PM 0 Comments



Bismillah.

Dalam keghairahan untuk memberi, aku rasakan tidak cukup hanya pada penulisan apatah lagi yang menulis itu adalah aku ; cetek ilmu dan tidak pandai mengolah. Justeru, aku sediakan satu lagi tempat untuk aku berkongsi yakni melalui perkongsian video tazkirah.

Klik disini.

Video adalah lebih berkesan. Ini diakui lebih-lebih lagi pada zaman dunia tanpa sempadan sekarang.

Berbeza dengan penulisan yang menyampaikan rasa dalam satu dimensi sahaja, video mampu menyampaikannya lebih dari itu. Segala yang diucap terus menusuk ke telinga, gimik dan mimik boleh dilihat terus dan inilah yang menjadikan video itu lebih berkesan.

Aku tidak reti dan pakar dalam video maker mahupun video editting. Namun, ia bukanlah alasan bagiku untuk terus memberi perkongsian ini.

Aku kumpulkan beberapa kuliah,tausiyah,zikir dan sebagainya yang mampu menyuburkan iman yang layu dan menghidupkan hati yang mati ; yang aku upload tanpa mengunakan proksi lain seperti Youtube atau sebagainya - kerna aku tahu, ramai adik-adik dikampus yang tidak dapat access kepada proksi-proksi ini (disekat oleh pihak ICT Universiti), maka insyaAllah manfaatnya dapat dioptimunkan serta meluas. InsyaAllah.

Aku berlindung dari syaitan yang direjam serta sifatnya yang takbur, sombong dan sebagainya dalam segala perkongsian ini. Mudah-mudahan, usaha yang teramat kecil ini menyuburkan lagi medan dakwah yang kian semarak akhir-akhir ini.

Terakhir, aku mohon doa dari kalian. Mohon sangat-sangat. Aku mohon kalian doakan aku dapat bertemu dengan Rasulillah SAW yang amat aku rindu tidak kira semasa aku masih bernyawa mahupun sesudah menjadi mayat. Doa kalian, manusia yang soleh semestinya mudah dimakbulkan berbanding doaku yang lalai ini.

Allahumma solli 'ala Muhammad.


faqir ilallah
Rabiul Akhir 1433H
bumi wakafan MADI

Kata Luhur

Best Blog Tips 6:41 PM 0 Comments

Bismillah.

Kata-kata mereka menjadi motivasi aku.

Aku harap begitu jua untukmu sahabat. Moga diteguhkan kaki ni untuk terus menapaki perjuangan. Kita harus yakin dengan jalan yang diambil. Jangan sesekali goyah dan menyesal.

InsyaAllah, dengan kesabaran dan keikhlasan, Rasulillah SAW menanti kita dengan mendepangkan tangan baginda yang mulia menyambut kita sebagai umatnya.

Kebahagiaan yang bagaimana lagi kau mahu?


 


faqir ilallah
Taman Kemajuan
Rabiul Akhir 1433H

Untitled VI

Best Blog Tips 10:03 AM 0 Comments



setelah bulan membelah matahari,
dan matahari kembali bertangkup
setelah malam melimpah cahaya,
dan cahaya membentuk ruang
setelah angin menukar rasa,
dan rasa menjadi cinta

urat-urat tua tegang merukuk pada Tuhan
tulang temulang merebut pada sujud
arteri berdenyut kencang mengepam kata syukur
dan daktil pula ghairah membilang zikir

oh alangkah bahagia jika mereka bersatu pada jasadku.

faqir ilallah
Taman Kemajuan
Rabiul Akhir 1433H

7 perkara

Best Blog Tips 12:36 AM 0 Comments




Bismillah.

Ikhwah yang aku kasihi, ada 7 sunnah baginda Rasulillah SAW setiap hari.

Pertama, tahajjud.

Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.

Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.

Keempat, jaga solat dhuha.

Kelima,jaga sedekah setiap hari.

Keenam,jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.

Inilah perkongsian yang aku dapat dari sahabat mayaku, moga kebaikan terus menerus pabila aku panjangkan perkongsian ini.

faqir ilallah
Rabiul Awal 1433H
Taman Kemajuan

Masih simpan buku lama?

Best Blog Tips 9:05 AM 0 Comments

Bismillah.

Manusia ini ya akhi bila kreatif kaca mampu dijadikan berlian. Itulah kehebatan akal yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Pencipta. Alhamdulillah.

Di bawah adalah koleksi buku lama yang diukir menjadi bentuk muka bumi. Subhanallah!













Jom try! :-D

faqir ilallah
Rabiul Awal 1433H
bumi Wakafan MADI

tentang cinta II

Best Blog Tips 2:48 PM 0 Comments



I
kelam malam menjadi sirna diterkam cahaya benderang
sang neraka Majusi tidak bernyawa ; padahal telah beratus tahun ia membakar oksigen Ilahi
mereka bingung dan bertambah bingung pabila jawaban demi jawaban tidak ketemui
siapakah yang membunuh Tuhan neraka mereka ini??

dari rahim mulia Aminah si bonda penyayang
lahir manusia agung tiada tandingan
bertasbih seluruh alam memegah rasa cinta

Allahumma solli ala Muhammad

II
sang awan menjadi teman setia
kemana sahaja jasad bernama Muhammad ini, di situlah sang awan menahan tubuhnya
cintanya tidak merelakan sang matahari terik meratah jasad mulia itu

Allahumma solli ala Muhammad

III
hari itu langit menangis tanpa henti
tersedu sedu mengalir air mata
bumi pula memuntahkan air perutnya
maka penuhlah kota Makkah dengan cecair suci ini
hingga memberontak memusnahkan segala yang disapanya
Hajarul Aswad terpelanting hanyut gelora tangisan
bertengkarlah pemimpin kabilah di Makkah
mencari kemuliaan di sebalik batu hitam
datanglah Muhammad menghulur kain damai


Allahumma solli ala Muhammad

IV

ketika manusia lain lemas dalam tarian dunia
Hira' bergegar menyambut tetamu langit
peluh suci mengalir deras dari dahi Muhammad
Bacalah!
Bacalah dengan nama Tuhanmu!
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan!
Aku tidak tahu membaca!
lalu Hira' menjadi saksi makhluk langit dan makhluk bumi bersatu
membaca kalam yang suci lagi tinggi ; kalam Ilahi

Allahumma solli ala Muhammad

V
setelah dihimpit segenap rasa di seluruh pelusuk bumi Makkah
firman dari Ilahi hijrahkan ummah dakwah ke Yatrib
membina zaman gemilang tiada tandingan

Allahumma solli ala Muhammad

VI
rintih peluh menjatuh dari dahinya
jasad agung menahan perit disambut Izrail
Ummati! Ummati! Ummati!
ternyata kasih baginda tidak mampu dileraikan
lalu seluruh penduduk langit dan penduduk bumi menangis

Allahumma solli ala Muhammad

VII
aku merinduimu ya Rasulillah
moga ketemu kita dalam setiap sabda mimpiku

Allahumma solli ala Muhammad.

faqir ilallah junaidiahmad
bumi wakafan MADI
Rabiul Awal 1433H

pilihlah pilihanmu

Best Blog Tips 9:43 PM 0 Comments

pabila sang pendakwah mula bermaksiat
tibalah sang maksiat untuk berdakwah

Dan jika kamu berpaling, Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.- [Muhammad : 38]

faqir ilallah
Taman Kemajuan
26 Rabiul Awal 1433H

rendah diri

Best Blog Tips 2:57 PM 0 Comments



Bismillah.

Ikhwah yang ku kasihi, pernah suatu hari Salman Al-Farisi berjalan-jalan disebuah kota untuk melihat keadaan rakyatnya. Ketika itu, beliau adalah Gabenor negeri tersebut.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba beliau ditarik kasar oleh seorang rakyatnya yang tidak megenalinya untuk mengangkat sebuah karung besar sampai ke rumahnya.

Tanpa banyak soal Salman Al Farisi terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata kepada lelaki yang tidak mengenali Gabenor tersebut:

"Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini."

Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab:

"Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan".

Kedua rakyatnya kagum melihat ketinggian akhlak sahabat baginda SAW ini.

Ikhwah, itulah yang perlu kita pasak didalam jiwa faqir kita. Sedikitpun kita tidak akan hina pabila kita merendahkan diri, bahkan kemuliaan akan Allah ganjari di sisiNya kelak

faqir ilallah
bumi wakafan MADI
Feb 2012

Pesanan Murabbi

Best Blog Tips 9:38 AM 0 Comments

Bismillah.

As Syahid Syeikh Ahmad Yassin pernah berpesan,

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah dengan meniggalkan pelbagai keseronokkan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia,mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kahidupan Rasulullah s.a.w.


Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya, lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk mendekatkan diri kepada sunnah nabi kalian yang agung.


Wahai para pemuda,aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab.Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh-kesah.Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah s.w.t dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.


Aku ingin kalian tidak tidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantinya dengan kata amal,kerja dan zikir kepada Allah.Wahai anak-anakku aku amat berharap kalian tidak sibuk terjerumus ke dalam arus syahwat.


Wahai puteriku aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.Aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian mengambil peduli tentang agama dan nabi kalian yang mulia.Jadikanlah ibunda kalian,Khadijah dan Aisyah sebagai teladan.Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda mendekati kalian.


Kepada semua,aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.Latihlah kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan.Berpeganglah kepada agama kalian.Carilah sebab-sebabnya dan tawakkallah kepada Allah.

Allahurabbi. Terus menikam dalam jiwa pesanan sang pejuang ini. Dari hari terus ke hati.

InsyaALlah, akan kami penuhi pesananmu ini wahai peminang bidadari syurga.

faqir ilallah
Taman Kemajuan
Rabiul Awal 1433H

Mencari keabadian cinta

Best Blog Tips 7:51 AM 1 Comments




Aku bukan manusia yang sempurna cinta akan Rasulillah SAW.

Itu terpaksa aku akui. Dhaifnya iman ini. Namun tak bermakna aku tidak mahu mencintai baginda, bahkan sedang aku usaha arahkan segala cinta yang berkumpul di hati gersang ini agar bersatu mencintai baginda SAW melebihi yang lain.

"Allahumma solli ala Muhammad.."

Betapa aku tahu, sukarnya mendapat cinta itu. Meski rindu untuk bertemu baginda dihati ini kian membengkak, namun aku rasakan hinanya diri ini dan tidak layak aku untuk bertemu baginda yang mulia walau dalam mimpi sekalipun. Dosa yang terpalit mengotorkan rindu itu. Ampunkan dosaku ya Allah...

**

Kata guruku, tanda mencintai Nabi ialah mencintai apa yang dicintai baginda SAW.

Antara apa yang Nabi cintai kata guruku lagi, ialah solat berjamaah.

Terimbau aku akan kata-kata seorang lagi guruku di Terengganu,

"Jika ditanya pada saya mengenai hukum solat berjamaah, walau di dalam mazhab kita ( Syafie) tidak mewajibkan, tetapi saya akan katakan wajib (kepada ahli gerakan). Mana mungkin kita yang mendabik dada mencintai Rasulullah,memikul risalah berat ini, tetapi mengambil ringan akan apa yang dicintai baginda!"

**

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, `Sungguh aku punya keinginan untuk memerintahkan shalat dan didirikan, lalu aku memerintahkan satu orang untuk jadi imam. Kemudian pergi bersamaku dengan beberapa orang membawa seikat kayu bakar menuju ke suatu kaum yang tidak ikut menghadiri shalat dan aku bakar rumah-rumah mereka dengan api.” (Hadis riwayat Bukhari)

Abdullah Bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya(uzur) daripada menyertai solah berjemaah maka solah yang dikerjakannya itu tidak akan diterima." Para sahabat bertanya,"Apakah uzur itu?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Takut atau sakit." (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa beliau telah ditanya mengenai seorang yang berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam tetapi tidak pergi mengerjakan solah berjemaah dan solah Jumaat.Beliau menjawab,"Dia ialah penghuni neraka." (Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

**

Sahabat, telitikanlah bait-bait kata manusia yang agung ini. Aku bukanlah manusia yang sempurna cintanya untuk memberi nasihat kepada kalian,bahkan aku lebih hina dari kalian, namun kerana aku cuba menyahut sunnahnya meski diriku dhaif, aku gagahi jua.

"sampaikanlah dariku walau satu ayat..." itulah pesanan Rasulillah SAW yang aku pasak dalam jiwa faqir ini.

Allahumma solli ala Muhammad.


faqir ilallah
Taman Kemajuan
15 Rabiul Awal 1433H

Tertahankah

Best Blog Tips 12:02 AM 0 Comments

Bismillah.

Sahabat, cuba buka api di dapur, atau hidupkan ungun api di laman rumahmu. Kemudian masukkan tanganmu di dalam api tersebut.

Jika kalian terasa nyaman dan bahagia waktu itu, teruslah bermaksiat kepada Allah tanpa memohon ampun dariNya.

Sungguh, neraka itu ternyata lebih panas dari api kecil itu.

Tertahankah kita?

faqir ilallah
Taman Kemajuan
14 Rabiul Awal 1433H

Tanda mencintai Rasul

Best Blog Tips 1:03 AM 0 Comments



Bismillah.

Akhi, orang yang mencintai Rasulillah SAW itu punyai tanda.

1. Mengikuti cara hidup Rasulillah. Bukan dalam aspek berpakaian sahaja,bahkan dalam kata-kata, perbuatan, ketaatan kepada perintah-Nya, menghindari apa pun yang dilarang dan mengadaptasi sikap Nabi saw pada saat diberi kemudahan, sukacita, kesulitan, dan penderitaan.

“Katakanlah (Muhammad), ‘Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad) dan Allah akan mencintaimu.” [Al-Imran: 31]

2. Mengutamakan apa yang telah disyariatkannya dan yang digalakkannya untuk dilakukan daripada mengikuti hawa nafsu dan syahwat.

3. Banyak menyebutnya yakni bershalawat ke atas Baginda SAW. Ini udah pasti bukan? Jika seseorang yang kemaruk cinta, nama kekasihnya jua yang diualang-ulang. =)

4. Tidak cukup dengan itu, diri terasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW. Rindu yang membuak-buak. Bagai sang isteri yang sebulan tidak bertemu suami. ( maaf, kalau anologi tak betul, belum beristeri.he..)

5. Mencintai mereka yang dicintai oleh Baginda. Para sahabat telah menunjukan taulada yang baik. Saiyidina Abu Bakar lebih suka Abu Talib memeluk Islam berbanding ayahnya sendiri memeluk Islam kerana mengutamakan mereka yang Nabi kasih.

6. Membenci orang-orang yang dibenci oleh Allah dan RasulNya.

Itu sahaja aku nak kongsikan malam ini.

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

Apakah tanda ini sudah kita punyai pada diri kita?

Semoga Rasul menerima cinta yang faqir ini.

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad.

al faqir ilallah
Taman Kemajuan
12 Rabiul Awal

Antara arak dan madu

Best Blog Tips 9:48 PM 1 Comments

Bismillah.

Sahabat, pernah pada suatu hari, Saiyidina Umar Al-Khatab meronda di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa bekas air.

Pemuda itu menyembunyikan bekas itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Umar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya,

"Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Umar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar,

"Madu, ya Amirul Mukminin"

Walhal benda itu ialah arak. Sewaktu itu jua timbul dari sanubarinya untuk bertaubat kepada Allah atas segala yang dilakukannya. Keinsafan ini lahir lalu dia berdoa kepada Allah agar Umar tidak mengesyakinya dan memeriksa bekas tadi.

Namun, Saiyidina Umar tetap curiga melihat keadaan pemuda tersebut dan ingin melihat sendiri isi bekas tersebut. Gementar si lelaki itu.

Dihulurkan perlahan-lahan kepada Umar. Hatinya pasrah.

Apabila Umar melihat isi bekas tersebut, Umar berkata,

"Ya, kau berkata benar."

Terkejut bukan kepalang pemuda itu.Rupanya Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi bekas itu kepada madu.

Saat itu, sang pemuda bertaubat dan tidak lagi menyentuh minuman yang diharamkan.

Begitulah sahabat, ikhlaskan hati dalam mengungkap taubat kepada Allah. Aku tahu, betapa sukarnya diri ini untuk berhijrah meinggalkan maksiat, namun yakinlah, Allah akan membantu hambaNya yang ikhlas.

faqir ilallah
Taman Kemajuan
11 Rabiul Awal 1433H

Peranan Lidah

Best Blog Tips 6:45 PM 2 Comments




Bismillah.

Menurut Hujjatul Islam, Al Imam Al Ghazali ada 2 peranan lidah.

1. Menegakkan kebenaran
2. Menzahirkan kesyukuran.

Apakah lidah kita memainkan peranan ini atau sebaliknya??

faqir ilallah
Taman Kemajuan
10 Rabiul Awal 1433H

Hafalan Shalat Delisa

Best Blog Tips 1:32 AM 0 Comments

Bismillah.

Ini filem yang hangat diperkatakan dalam facebook. Ramai yang share di wall masing-masing.

Jom nonton sama-sama. ;-)



faqir ilallah
Taman Kemajuan
10 Rabiul Awal 1433H

Untitled

Best Blog Tips 1:24 AM 0 Comments

makin jauh

pabila jasad menjadi kaku
pabila lidah menjadi kelu

dunia hilang pelanginya
malam hanya kelam tanpa bintang

dan aku tanpa nyawa
berjalan tanpa bayang

ah, bagai gila!

Mujur,aku punyai Tuhan.

~di dalam hati yang tercarik
Taman Kemajuan
10 Rabiul Awal 1433H

Bab 1 ( Risalatul Mu'awanah) : Keyakinan

Best Blog Tips 4:53 PM 0 Comments


Bismillah.

Izinkan aku panjangkan kalam ulama'.

**

Wahai saudaraku, hendaklah engkau selalu teguh dalam berkeyakinan.Kerana bila keyakinan itu sudah kukuh dalam hatimu, segala sesuatu yang ghaib tiba-tiba dapat dilihat dengan jelas seperti yang dikatakan oleh Ali bin Abi Thalib:

"Sudah terbuka mata hatiku maka bertambahlah keyakinanku."

Keyakinan ialah kekuatan dan keteguhan iman yang sudah mendarah daging dan menyatu dalam hati, laksana sebuah gunung yang sangat besar.Kerana itu, segala bentuk keraguan dan ujian tidak mampu menggoyahkannya..

Jika keraguaan dan ujian itu datang dari luar, tutuplah kedua telinganya sedangkan hati tetap pada pendirian asal yang kukuh dan teguh.Bahkan syaitan pun tidak kuasa mendekati dan menggodanya kerana hati sudah dibentengi dengan keyakinan yang kukuh.Manusia yang memiliki ciri-ciri di atas ialah Umar bin Khattab, seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw:

"Syaitan akan lari apabila melihat bayangan Umar.Dan ia pun tidak berani berpijak pada jalan yang telah dilewati oleh Umar."(HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Hibban dari Buraidah)

Sebab-sebab teguhnya keyakinan

a. Telinga selalu mendengar Al-Quran dan hadis dan hati sentiasa merenungkan keagungan ALLAH, kesempurnaan, kebesaran dan keEsaanNYa, mempelajari kejujuran para Nabi, kesempurnaan mereka, mukjizat yang mereka bawa, serta seksa yang ditimpakan pada musuh-musuh mereka.

Merenungkan segala sesuatu yang akan terjadi pada hari kamat, pahala yang diperoleh orang-orang yang taqwa dan azab bagi yang berdosa.Cukuplah bagi kita memperkukuhkan keyakinan dengan penyebab pertama ini. Firman ALLAH Taala:

"Apakah belum cukup bagi mereka? telah Kami turunkan Al-Quran kepadamu, agar dibaca di depan mereka."(QS. Al Ankabut:51)

b. Memperhatikan segala ciptaan ALLAH yang indah dan menakjubkan, baik yang ada di langit mahupun bumi. Firman ALLAH swt:

"Kami akan memberitahukan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di beberapa daerah dan (kekuasaan) yang ada pada peribadi mereka sendiri sehingga jelas bagi mereka bahawa ALLAH adalah (benar)."(QS. Ha Mim As Sajadah:53)

c. Bersungguh-sungguh dalam mengerjakan segala amalan dan tetap didasari iman dan taqwa. Firman ALLAH Taala:

"Dan orang-orang yang berjihad mencari keredhaan Kami. Sungguh, akan Kami tunjukkan pada mereka jalan-jalan Kami." (QS. Al Ankabut:69)

Buah keyakinan

Buah keyakinan yang dapat kita rasakan bila kita kental dalam berkeyakinan antara lain kekuatan batin, ketenangan jiwa, perlindungan ALLAH swt.Cita-cita untuk selalu taat kepadaNYA, serta kekuatan maksima untuk mendapat redhaNYA.

Ringkasnya, keyakinan yang kental itu merupakan pokok dari segala sesuatu.Sedangkan darjat yang luhur, budi pekerti yang terpuji dan amal soleh adalah cabang dan buahnya.Bahkan baik buruk akhlak dan perilaku seseorang bergantung pada keyakinannya.

Luqman Hakim berkata:

"Amalan dapat dilakukan dengan adanya keyakinan.Seseorang hanya dapat beramal sesuai dengan kadar imannya.Dan bila keyakinannya berkurang, berkurang pulalah amalnya."

Rsulullah saw bersabda:

"Keyakinan adalah bahagian keseluruhan dari iman."(HR. Baihaqi)

Tingkat-tingkat keyakinan dalam keimanan

a. Ashabul Yamin

Iaitu orang-orang yang percaya dan kental dalam iman, tapi pada saat-saat tertentu, jiwanya dapat digoncangkan oleh keraguan dan ujian.

b. Al Muqarrabin

Iaitu orang-orang yang benar-benar kental dalam berkeyakinan, mereka mampu menguasi hati mereka dengan bermodalkan keteguhan iman dan taqwa.Segala bentuk keraguan dan ujian tidak akan mampu mengganggu dan merosak imannya.Bahkan sesuatu yang ghaib pun dapat terlihat dengan jelas, tingkatan ini dinamakan Iman bil yaqin.

c. Tingkatan para Nabi dan pewarisnya

pada tingkat tertinggi ini pun segala sesuatu yang ghaib dan tersembunyi dapat terlihat dengan sangat jelas dan nyata

Tingkatan ini disebut Iman bil kasyfi wal 'iyan.

Seluruh tingkatan di atas merupakan anugerah ALLAH yang diberikan kepada yang dikehendakiNYA.Hanya ALLAH lah yang memiliki keutamaan yang benarnya.

**

itulah kalam al Habib Saiyid Abdullah bin Alwi Al-Haddad. Semoga Allah rahmati beliau.

faqir ilallah
bumi wakafan MADI
08 Rabiul Awal 1433H

Saiyid Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Best Blog Tips 8:16 AM 0 Comments

Bismillah.

Antara untaian ilmu yang akan aku kongsikan di dalam blog aku ini adalah aku ambil dari sebuah kitab iaitu Risalatul Mu'awanah (Panduan Murid Menuju Makrifatullah) tulisan al Habib Saiyid Abdullah bin Alwi Al-Haddad.

Maka, kurang eloklah aku terus menerjah terus kepada isi kitabnya tanpa mengenal pengarangnya. Memang adab 'menadah kitab' kita akan dijelaskan dan diterangkan disebalik nama kitab dan nama pengarang tersebut.

Mari kita berkenalan dengan al Habib.

(maaf panjang sikit, tapi jika biodata artis kita mampu baca A hingga Z, kenapa biodata ulama kita tidak mampu?he)

***

Imam Al-Allamah Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Hadad, lahir hari Rabu, Malam Khamis tanggal 5 Bulan Syafar 1044 H di Desa Sabir di Kota Tarim, wilayah Hadhromaut, Negeri Yaman.

Nasab
Beliau adalah seorang Imam Al-Allamah Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Hadad bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwy bin Ahmad bin Abu Bakar Al–Thowil bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad Al-Faqih bin Abdurrohman bin Alwy bin Muhammad Shôhib Mirbath bin Ali Khôli’ Qosam bin Alwi bin Muhammad Shôhib Shouma’ah bin Alwi bin Ubaidillah bin Al-Muhâjir Ilallôh Ahmad bin Isa bin Muhammad An-Naqîb bin Ali Al-Uraidhi bin Imam Jakfar Ash-Shodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam As-Sibth Al-Husein bin Al-Imam Amirul Mukminin Ali bin Abi Tholib suami Az-Zahro Fathimah Al-Batul binti Rosulullah Muhammad SAW.

Orang-tuanya
Sayyid Alwy bin Muhammad Al-Haddad, Ayah Syaikh Abdullah Al-Haddad dikenal sebagai seorang yang saleh. Lahir dan tumbuh di kota Tarim, Sayyid Alwy, sejak kecil berada di bawah asuhan ibunya Syarifah Salwa, yang dikenal sebagai wanita ahli ma’rifah dan wilayah. Bahkan Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Haddad sendiri banyak meriwayatkan kekeramatannya. Kakek Al-Haddad dari sisi ibunya ialah Syaikh Umar bin Ahmad Al-Manfar Ba Alawy yang termasuk ulama yang mencapai derajat ma’rifah sempurna.

Suatu hari Sayyid Alwy bin Muhammad Al-Haddad mendatangi rumah Al-Arif Billah Syaikh Ahmad bin Muhammad Al-Habsy, pada waktu itu ia belum berkeluarga, lalu ia meminta Syaikh Ahmad Al-Habsy mendoakannya, lalu Syaikh Ahmad berkata kepadanya, ”Anakmu adalah anakku, di antara mereka ada keberkahan”. Kemudian ia menikah dengan cucu Syaikh Ahmad Al-Habsy, Salma binti Idrus bin Ahmad bin Muhammad Al-Habsy. Al-Habib Idrus adalah saudara dari Al-Habib Husein bin Ahmad bin Muhammad Al-Habsy. Yang mana Al-Habib Husein ini adalah kakek dari Al-Arifbillah Al-Habib Ali bin Muhammad bin Husein bin Ahmad bin Muhammad Al-Habsy (Mu’alif Simtud Durror). Maka lahirlah dari pernikahan itu Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Haddad. Ketika Syaikh Al-Hadad lahir ayahnya berujar, “Aku sebelumnya tidak mengerti makna tersirat yang ducapkan Syaikh Ahmad Al-Habsy terdahulu, setelah lahirnya Abdullah, aku baru mengerti, aku melihat pada dirinya tanda-tanda sinar Al-wilayah (kewalian)”.

Masa Kecil
Dari semenjak kecil begitu banyak perhatian yang beliau dapatkan dari Allah. Allah menjaga pandangan beliau dari segala apa yang diharomkan. Penglihatan lahiriah Beliau diambil oleh Allah dan diganti oleh penglihatan batin yang jauh yang lebih kuat dan berharga. Yang mana hal itu merupakan salah satu pendorong beliau lebih giat dan tekun dalam mencari cahaya Allah menuntut ilmu agama.

Pada umur 4 tahun beliau terkena penyakit cacar sehingga menyebabkannya buta. Cacat yang beliau derita telah membawa hikmah, beliau tidak bermain sebagaimana anak kecil sebayanya, beliau habiskan waktunya dengan menghapal Al-Quran, mujahaddah al-nafs (beribadah dengan tekun melawan hawa nafsu) dan mencari ilmu. Sungguh sangat mengherankan seakan-akan anak kecil ini tahu bahwa ia tidak dilahirkan untuk yang lain, tetapi untuk mengabdi kepada Allah SWT.

Dakwahnya
Berkat ketekunan dan akhlakul karimah yang beliau miliki pada saat usia yang sangat dini, beliau dinobatkan oleh Allah dan guru-guru beliau sebagai da’i, yang menjadikan nama beliau harum di seluruh penjuru wilayah Hadhromaut dan mengundang datangnya para murid yang berminat besar dalam mencari ilmu. Mereka ini tidak datang hanya dari Hadhromaut tetapi juga datang dari luar Hadhromaut. Mereka datang dengan tujuan menimba ilmu, mendengar nasihat dan wejangan serta tabarukan (mencari berkah), memohon doa dari Al-Habib Abdullah Al-Haddad. Di antara murid-murid senior Al-Habib Abdullah Al-Haddad adalah putranya, Al-Habib Hasan bin Abdullah bin Alwy Al-Haddad, Al-Habib Ahmad bin Zein bin Alwy bin Ahmad bin Muhammad Al-Habsy, Al-Habib Ahmad bin Abdullah Ba-Faqih, Al-Habib Abdurrohman bin Abdullah Bilfaqih, dll.

Selain mengkader pakar-pakar ilmu agama, mencetak generasi unggulan yang diharapkan mampu melanjutkan perjuangan kakek beliau, Rosullullah SAW, beliau juga aktif merangkum dan menyusun buku-buku nasihat dan wejangan baik dalam bentuk kitab, koresponden (surat-menyurat) atau dalam bentuk syair sehingga banyak buku-buku beliau yang terbit dan dicetak, dipelajari dan diajarkan, dibaca dan dialihbahasakan, sehingga ilmu beliau benar-benar ilmu yang bermanfaat. Tidak lupa beliau juga menyusun wirid-wirid yang dipergunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bermanfaat untuk agama, dunia dan akhirat, salah satunya yang agung dan terkenal adalah Rotib ini. Rotib ini disusun oleh beliau dimalam Lailatul Qodar tahun 1071 H.

Akhlaq dan Budi Pekerti
Al-Imam Al-Haddad (rahimahullah) memiliki perwatakan badan yang tinggi, berdada bidang, tidak terlalu gempal, berkulit putih, sangat berhaibah dan tidak pula di wajahnya kesan mahupun parut cacar.

Wajahnya sentiasa manis dan menggembirakan orang lain di dalam majlisnya. Ketawanya sekadar senyuman manis; apabila beliau gembira dan girang, wajahnya bercahaya bagaikan bulan. Majlis kendalian beliau sentiasa tenang dan penuh kehormatan sehinggakan tidak terdapat hadhirin berbicara mahupun bergerak keterlaluan bagaikan terletak seekor burung di atas kepala mereka.
Mereka yang menghadhiri ke majlis Al-Habib bagaikan terlupa kehidupan dunia bahkan terkadang Si-lapar lupa hal kelaparannya; Si-sakit hilang sakitnya; Si-demam sembuh dari demamnya. Ini dibuktikan apabila tiada seorang pun yang yang sanggup meninggalkan majlisnya.

Al-Imam sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing. Sehinggakan apabila dikunjungi pembesar, beliau memberi haknya sebagai pembesar; kiranya didatangi orang lemah, dilayani dengan penuh mulia dan dijaga hatinya. Apatah lagi kepada Si-miskin.

Beliau amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam akhirat. Al-Habib tidak pernah jemu terhadap ahli-ahli majlisnya bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kaseh sayang serta penuh rahmah; tanpa melalaikan beliau dari mengingati Allah walau sedetik. Beliau pernah menegaskan “Tiada seorang pun yang berada dimajlisku mengganguku dari mengingati Allah”.

Majlis Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat, perbincangan dalam soal keagamaan sehingga para hadhirin sama ada yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara perkara yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan faedah. Apa yang ditutur hanyalah zikir, diskusi keagamaan, nasihat untuk muslimin, serta rayuan kepada mereka dan selainnya supaya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan oleh beliau “Tiada seorang pun yang patut menyoal hal keduniaan atau menyebut tentangnya kerana yang demikian adalah tidak wajar; sewajibnya masa diperuntuk sepenuhnya untuk akhirat sahaja. Silalah bincang perihal keduniaan dengan selain dariku.”

Al-Habib (rahimahullah) adalah contoh bagi insan dalam soal perbicaraan mahupun amalan; mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Al-Muhammadiah yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi dan azam yang kuat dalam hal keagamaan. Al-Imam juga sentiasa menangani sebarang urusan dengan penuh keadilan dengan menghindari pujian atau keutamaan dari oramg lain; bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala tugasnya tanpa membuang masa. Beliau bersifat mulia dan pemurah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelusuk kampung sering berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan hidangan yang tidak pernah putus semata mata mencari barakah Al-Imam.

Al-Imam menyatakan “Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan”. Katanya lagi “Kiranya ditangan kita ada kemampuan, nescaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi, sesungguhnya permulaan agama ini tidak akan terdiri melainkan dengan kelemahan Muslimin”.

Beliau adalah seorang yang memiliki hati yang amat suci, sentiasa sabar terhadap sikap buruk dari yang selainnya serta tidak pernah merasa marah. Kalaupun ia memarahi, bukan kerana peribadi seseorang tetapi sebab amalan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib “Adapun segala kesalahan berkait dengan hak aku, aku telah maafkan; tetapi hak Allah sesungguhnya tidak akan dimaafkan”.

Al-Imam amatlah menegah dari mendoa’ agar keburukan dilanda orang yang menzalimi mereka. Sehingga bersama beliau terdapat seorang pembantu yang terkadangkala melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kemarahan Al-Imam. Namun beliau menahan marahnya; bahkan kepada si-Pembantu itu diberi hadiah oleh Al-Habib untuk meredakan rasa marah beliau sehinggakan pembantunya berkata: “alangkah baiknya jika Al-Imam sentiasa memarahiku”.

Segala pengurusan hidupnya berlandaskan sunnah; kehidupannya penuh dengan keilmuan ditambah pula dengan sifat wara’. Apabila beliau memberi upah dan sewa sentiasa dengan jumlah yang lebih dari asal tanpa diminta. Kesenangannya adalah membina dan mengimarahkan masjid. Di Nuwaidarah dibinanya masjid bernama Al-Awwabin begitu juga, Masjid Ba-Alawi di Seiyoun, Masjid Al-Abrar di As-Sabir, Masjid Al-Fatah di Al-Hawi, Masjid Al-Abdal di Shibam, Masjid Al-Asrar di Madudah dan banyak lagi.

Diantara sifat Al-Imam termasuk tawaadu’ (merendah diri). Ini terselah pada kata-katanya, syair-syairnya dan tulisannya. Al-Imam pernah mengutusi Al-Habib Ali bin Abdullah Al-Aidarus. “Doailah untuk saudaramu ini yang lemah semoga diampuni Allah”

Wafatnya
Beliau wafat hari Senin, malam Selasa, tanggal 7 Dhul-Qo’dah 1132 H, dalam usia 98 tahun. Beliau disemayamkan di pemakaman Zambal, di Kota Tarim, Hadhromaut, Yaman. Semoga Allah melimpahkan rohmat-Nya kepada beliau juga kita yang ditinggalkannya.

Habib Abdullah Al Haddad dimata Para Ulama
Al-Arifbillah Quthbil Anfas Al-Imam Habib Umar bin Abdurrohman Al-Athos ra. mengatakan,
“Al-Habib Abdullah Al-Haddad ibarat pakaian yang dilipat dan baru dibuka di zaman ini, sebab beliau termasuk orang terdahulu, hanya saja ditunda kehidupan beliau demi kebahagiaan umat di zaman ini (abad 12 H)”.

Al-Imam Arifbillah Al-Habib Ali bin Abdullah Al-Idrus ra. mengatakan,
“Sayyid Abdullah bin Alwy Al-Haddad adalah Sultan seluruh golongan Ba Alawy”.

Al-Imam Arifbillah Muhammad bin Abdurrohman Madehej ra. mengatakan,
“Mutiara ucapan Al-Habib Abdullah Al-Haddad merupakan obat bagi mereka yang mempunyai hati cemerlang sebab mutiara beliau segar dan baru, langsung dari Allah SWT. Di zaman sekarang ini kamu jangan tertipu dengan siapapun, walaupun kamu sudah melihat dia sudah memperlihatkan banyak melakukan amal ibadah dan menampakkan karomah, sesungguhnya orang zaman sekarang tidak mampu berbuat apa-apa jika mereka tidak berhubungan (kontak hati) dengan Al-Habib Abdullah Al-Haddad sebab Allah SWT telah menghibahkan kepada beliau banyak hal yang tidak mungkin dapat diukur.”

Al-Imam Abdullah bin Ahmad Bafaqih ra. mengatakan,
“Sejak kecil Al-Habib Abdullah Al-Haddad bila matahari mulai menyising, mencari beberapa masjid yang ada di kota Tarim untuk sholat sunnah 100 hingga 200 raka’at kemudian berdoa dan sering membaca Yasin sambil menangis. Al-Habib Abdullah Al-Haddad telah mendapat anugrah (fath) dari Allah sejak masa kecilnya”.

Sayyid Syaikh Al-Imam Khoir Al-Diin Al-Dzarkali ra. menyebut Al-Habib Abdullah Al-Haddad sebagai fadhillun min ahli Tarim (orang utama dari Kota Tarim).

Al-Habib Muhammad bin Zein bin Smith ra. berkata,
“Masa kecil Al-Habib Abdullah Al-Haddad adalah masa kecil yang unik. Uniknya semasa kecil beliau sudah mampu mendiskusikan masalah-masalah sufistik yang sulit seperti mengaji dan mengkaji pemikiran Syaikh Ibnu Al-Faridh, Ibnu Aroby, Ibnu Athoilah dan kitab-kitab Al-Ghodzali. Beliau tumbuh dari fitroh yang asli dan sempurna dalam kemanusiaannya, wataknya dan kepribadiannya”.

Al-Habib Hasan bin Alwy bin Awudh Bahsin ra. mengatakan,
“Bahwa Allah telah mengumpulkan pada diri Al-Habib Al-Haddad syarat-syarat Al-Quthbaniyyah.”

Al-Habib Abu Bakar bin Said Al-Jufri ra. berkata tentang majelis Al-Habib Abdullah Al-Haddad sebagai majelis ilmu tanpa belajar (ilmun billa ta’alum) dan merupakan kebaikan secara menyeluruh. Dalam kesempatan yang lain beliau mengatakan,
“Aku telah berkumpul dengan lebih dari 40 Waliyullah, tetapi aku tidak pernah menyaksikan yang seperti Al-Habib Abdullah Al-Haddad dan tidak ada pula yang mengunggulinya, beliau adalah Nafs Rohmani, bahwa Al-Habib Abdullah Al-Haddad adalah asal dan tiada segala sesuatu kecuali dari dirinya.”

Seorang guru Masjidil Harom dan Nabawi, Syaikh Syihab Ahmad al-Tanbakati ra. berkata,
“Aku dulu sangat ber-ta’alluq (bergantung) kepada Sayyidi Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani. Kadang-kadang dia tampak di hadapan mataku. Akan tetapi setelah aku ber-intima’ (condong) kepada Al-Habib Abdullah Al-Haddad, maka aku tidak lagi melihatnya. Kejadian ini aku sampaikan kepada Al-Habib Abdullah Al-Haddad. Beliau berkata,’Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani di sisi kami bagaikan ayah. Bila yang satu ghoib (tidak terlihat), maka akan diganti dengan yang lainnya. Allah lebih mengetahui.’ Maka semenjak itu aku ber-ta’alluq kepadanya.”

Al-Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi ra. seorang murid Al-Habib Abdullah Al-Haddad yang mendapat mandat besar dari beliau, menyatakan kekagumannya terhadap gurunya dengan mengatakan,
”Seandainya aku dan tuanku Al-Habib Abdullah Al-Haddad ziaroh ke makam, kemudian beliau mengatakan kepada orang-orang yang mati untuk bangkit dari kuburnya, pasti mereka akan bangkit sebagai orang-orang hidup dengan izin Allah. Karena aku menyaksikan sendiri bagaimana dia setiap hari telah mampu menghidupkan orang-orang yang bodoh dan lupa dengan cahaya ilmu dan nasihat. Beliau adalah lauatan ilmu pengetahuan yang tiada bertepi, yang sampai pada tingkatan Mujtahid dalam ilmu-ilmu Islam, Iman dan Ihsan. Beliau adalah mujaddid pada ilmu-ilmu tersebut bagi penghuni zaman ini. ”

Syaikh Abdurrohman Al-Baiti ra. pernah berziaroh bersama Al-Habib Abdullah Al-Haddad ke makam Sayidina Al-Faqih Al-Muqoddam Muhammad bin Ali Ba’Alawy, dalam hatinya terbetik sebuah pertanyaan ketika sedang berziaroh,
“Bila dalam sebuah majelis zikir para sufi hadir Al-Faqih Al-Muqaddam, Syaikh Abdurrohman Asseqaff, Syaikh Umar al-Mukhdor, Syaikh Abdullah Al-Idrus, Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani, dan yang semisal setara dengan mereka, mana diantara mereka yang akan berada di baris depan? Pada waktu itu guruku, Al-Habib Abdullah Al-Haddad, menyingkap apa yang ada dibenakku, kemudian dia mengatakan, ‘Saya adalah jalan keluar bagi mereka, dan tiada seseorang yang bisa masuk kepada mereka kecuali melaluiku.’ Setelah itu aku memahami bahwa beliau Al-Habib Abdullah Al-Haddad, adalah dari abad 2 H, yang diakhirkan kemunculannya oleh Allah SWT pada abad ini sebagai rohmat bagi penghuninya.”

Al-Habib Ahmad bin Umar bin Semith ra. mengatakan,
“Bahwa Allah memudahkan bagi pembaca karya-karya Al-Habib Abdullah Al-Haddad untuk mendapat pemahaman (futuh), dan berkah membaca karyanya Allah memudahkan segala urusannya agama, dunia dan akhirat, serta akan diberi ‘Afiat (kesejahteraan) yang sempurna dan besar kepadanya.”

Al-Habib Thohir bin Umar Al-Hadad ra. mengatakan,
“Semoga Allah mencurahkan kebahagiaan dan kelapangan, serta rezeki yang halal, banyak dan memudahkannya, bagi mereka yang hendak membaca karya-karya Al-Quthb Aqthob wal Ghouts Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Haddad ra.”

Al-Habib Umar bin Zain bin Semith ra. mengatakan bahwa seseorang yang hidup sezaman dengan Al-Habib Abdullah Al-Haddad ra., bermukim di Mekkah, sehari setelah Al-Habib Abdullah Al-Haddad wafat, ia memberitahukan kepada sejumlah orang bahwa semalam beliau ra. sudah wafat. Ketika ditanya darimana ia mengetahuinya, ia menjawab,
“Tiap hari, siang dan malam, saya melihat beliau selalu datang berthowaf mengitari Ka’bah (padahal beliau berada di Tarim, Hadhromaut). Hari ini saya tidak melihatnya lagi, karena itulah saya mengetahui bahwa beliau sudah wafat.”

Karya-karyanya
Beliau meninggalkan kepada umat Islam khazanah ilmu yang banyak, yang tidak ternilai, melalui kitab-kitab dan syair-syair karangan beliau. Antaranya ialah:
1. An-Nashaa’ih Ad-Dinniyah Wal-Washaya Al-Imaniyah.
2. Ad-Dakwah At Tammah.
3. Risalah Al-Mudzakarah Ma’al-Ikhwan Wal-Muhibbin.
4. Al Fushuul Al-Ilmiyah.
5. Al-Hikam.
6. Risalah Adab Sulukil-Murid.
7. Sabilul Iddikar.
8. Risalah Al-Mu’awanah.
9. Ittihafus-Sa’il Bi-Ajwibatil-Masa’il.
10. Ad-Durrul Manzhum Al-Jami’i Lil-Hikam Wal-Ulum.

**

sumber : Di sini

**

Marilah kita mencintai para ulama, merekalah yang mengantikan Rasulullah untuk menerangi jalan kelam kita ini.

Dan sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada al Habib Saiyid Abdullah bin Alwi Al-Haddad ini, InsyaAllah kebaikan yang akan kita kongsikan nanti akan menjadi pahala yang tidak pernah putus buat beliau selaku pengarang kitab yang ikhlas.

Al Fatihah!


faqir ilallah
Taman Kemajuan
08 Rabiul Awal 1433H

Di Bawah Lindungan Kaabah

Best Blog Tips 12:02 AM 2 Comments


Bismillah.

Siapa tidak kenal Pak Hamka, ulama tersohor di Nusantara ini. Nama penuh beliau ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau meninggal dunia pada 1981M pada usia 73 tahun di Malaysia.

Semasa hanyatnya, Pak Hamka seorang yang petah berpidato, berjiwa seni dan telah menghasilkan banyak karya-karya besar termasuklah beberapa buah novel.

Novelnya Di Bawah Lindungan Kaabah (1936) telah di adaptasi ke filem pada tahun 1981 kemudian di ulang lakon pada 2011.

Aku masih mencari point yang nak disampaikan dalam filem ini.Karya Pak Hamka memang agak sukar untuk diserap kerana bagiku yang tidak reti ini, ia agak 'tinggi'. Tidak hairanlah dua karyanya yang sedang aku kunyah sekarang (Tasawuf Moden dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck) terpaksa aku ulang dan hadam beberapa kali. Memang lemah diri ini..

Untuk filem ini, aku hanya mampu tersenyum untuk mengganti ulasan.

Mari berkongsi rasa bersama. =)



Aku tertarik dengan satu ungkapan dalam filem ini.

“Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus terus kita bawa; keyakinan, dan cinta.” – Hamid

faqir ilallah
Taman Kemajuan
07 Rabiul Awal 1433H

Solat Jenazah

Best Blog Tips 6:56 PM 4 Comments




Bismillah.

Aku yakin, jika ditanya 10 orang mahasiswa mahupun orang awam tentang solat jenazah, pasti hanya 3/10 yang tahu. Yang lain,sekadar menggeleng kepala. setuju??

Jadi kesempatan ini aku rasa terpanggil untuk berkongsi cara/kaifiat solat jenazah yang paling ringkas. Moga bermanfaat.

Baik, mudah dan ringkas.

Solat jenazah ada 4 takbir sahaja (bukan 4 rakaat ye), jadi tidak ada rukuk mahupun sujud.

1. Takbir pertama berserta NIAT.Selepas takbir baca AL FATIHAH.

Niat:
Sahaja aku sembahyangkan mayat ini 4 takbir fardhu kerana Allah Taala.

2. Takbir kedua.Selepas takbir, baca SELAWAT.

Selawat :
Allahumma solli a'la Muhammad.

3. Takbir ketiga. selepas takbir, baca DOA ke atas mayat.

Doa :
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

4. Takbir keempat. Selepas takbir, beri SALAM.

Salam:
Assalamualaikum warahmatullah (Kanan dan kiri)

Alhamdulillah. Itu sahaja.

Selalulah lazimi menziarahi kematian nescaya ia mendekatkan diri kepada Allah.

Sebarlah kebaikan ini, moga secalit kejahilan dapat dipadamkan.

faqir ilallah
Taman Kemajuan
05 Rabiul Awal 1433H

Rumah di Afganistan

Best Blog Tips 2:56 PM 1 Comments

Bismillah.

Mari kita meninjau didunia luar sekejap.

Di bawah adalah sebuah perkampungan di Afganistan. Sangat menarik!

Permandangan dari jauh

Satu warna je..he

Pernah tengok rumah Majin Buu? Agak-agak sama tak? 

Pintu masuk salah satu rumah

Siap cermin tingkap lagi tu..

Permandangan dalam. fuh, kemas!


Amacam?? hehe

faqir ilallah
bumi wakafan MADI
04 Rabiul Awal 1433H

Sang Pemimpi

Best Blog Tips 5:22 PM 1 Comments



Bismillah.

"Orang macam kita, harus bisa bermimpi, kalau tak bermimpi kita akan mati." Itulah ungkapan bermotivasi Arai didalam filem ini.

Sang Pemimpin adalah filem sambungan dari Laskar Pelangi (2008), yang mengisahkan 3 orang sahabat Arai, Ikal dan Jimbron dalam mengejar mimpi mereka.

Sangat bermotivasi! Itulah ungkapan yang aku dapat simpulkan setelah menonton filem ini.

Mari berkongsi rasa. =)



"Kalau nak mimpi yang tinggi-tinggi, mimpilah. tapi kau harus yakini mimpi itu dan temukan jalan terbaik buat meraihnya. jangan kau fikir jalan menuju ke sana akan mulus, sebaliknya akan banyak rintangan." Pak Mustar.

faqir ilallah
bumi Wakafan MADI
03 Rabiul Awal 1433H

Berdamailah Dengan Takdir

Best Blog Tips 8:39 AM 1 Comments



Bismillah.

Untuk santapan pagi ini, aku kongsikan coretan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

**

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,

"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi'e nya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, "Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga." Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan takdir' pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."

Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita.

**

Aku redha Allah Tuhanku, Islam agamaku dan Nabi Muhammad itu rasulku.

faqir ilallah
bumi wakafan MADI
03 Rabiul Awal 1433H

Laskar Pelangi

Best Blog Tips 6:53 PM 0 Comments




Seindah warnanya, seindah itulah erti hidup yang digarapkan dalam filem ini.

Laskar pelangi. Itulah tajuknya. Filem yang dikeluarkan pada tahun 2008 ini berjaya menambat hatiku.

Terlalu banyak siulan kehidupanan yang dapat ku hafal dan ku olah dalam hidup aku yang faqir ini. Tidaklah aku ingin mengulas lanjut halnya, tetapi ia benar-benar terkesan dalam jiwa aku.

Mesej yang disampaikan perlu dihadami baik.

Selamat menonton sahabat. =)




faqir ilallah
Taman Kemajuan
02 Rabiual Awal 1433H

Kekasihku

Best Blog Tips 8:05 AM 1 Comments

Bismillah

Kalian punyai kekasih hati? Aku juga ada. Biarlah aku coretkan sesuatu tentang kekasih aku ini tanda betapa dalamnya cintaku padanya.

Dia kekasih yang telah lama aku cintai. Kerana dia, aku menemukan cahaya Tuhan. Dia banyak mengajarkan aku tentang erti sebuah kehidupan yang bermakna.

Kekasihku ini sangat istimewa. Sungguh, dia jauh berbeza dengan manusia lain. Aku mencintainya kerana dia mencintai Allah. Dan cintanya kepada Allah melebihi manusia lain. Aku yakin,dia begitu.

Meskinpun aku belum dapat melihatnya saat ini, tetapi aku menunggu dengan penuh kesabaran untuk bertemu dengannya. Apabila saat itu tiba, aku tidak akan melewatkan walau sesaat untuk mengucupi jemarinya dan memeluknya penuh cinta.

Dia selalu memesan kata untukku. Melalui lidah manusia lain, aku dapat mendengar segala ucapannya. Ucapannya juga dirakam oleh manusia-manusia. Bahkan segala gerak gerinya menjadi perhatian manusia alam buana ini. Sepanjang zama. Oh .betapa istimewanya si dia.

Aku yakin, jika kalian tahu akan akhlaknya, kalian juga jatuh cinta padanya. SubhanAllah.. aku yakin semua manusia tidak dapat menandingi akhlak si dia.

Tentu kalian tertanya nama dan latar belakang kekasihku ini. Biar aku ceritakan sedikit perihal si dia kepada kalian. Jangan cemburu ya..

Namanya Muhammad (SAW) bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah Dilahirkan pada 12 Rabiuawal, hari Isnin. Sewaktu kekasihku ini dilahirkan, cahaya terang telah memenuhi seluruh pelusuk Kota Makkah sehingga ke langit tinggi.

Bapanya telah meninggalkan dia sebelum dia lahir ke dunia ini. Manakala ibunya meninggal dunia sewaktu kekasihku ini berumur 6 tahun, lalu si dia dijaga oleh Abdul Mutalib.

Si dia yang mulia ini telah dilantik oleh Allah menjadi Nabi dan Rasul terakhir pada usia 40 tahun melalui perantaraan Jibrail yang amanah.

Kakasihku ini dijemput oleh Allah yang dicintainya itu pada… meskinpun begitu, cintaku padanya semakin menebal dan aku cukup yakin (dan berdoa), aku akan bertemu dengannya di hari akhir nanti.

Allahumma salli `ala saiyidina Muhammad.

faqir ilallah
Taman Kemajuan
02 Rabiul awal 1433H

Jalan pintas menuju kebahagiaan

Best Blog Tips 4:20 PM 0 Comments

Bismillah.

Bercakap soal bahagia lagi, aku membelek beberapa buku dan artikel yang berdiskusi tentang bahagia. Antaranya Tasauf Moden karya Pak Hamka. Panjang huraiannya.

Namun, ketika hadir sebuah majlis ilmu aku tertarik dengan satu hadis, yang aku kira ia adalah rumusan tentang definisi bahagia yang aku cari.

Hadis tersebut bercerita tentang kemanisan iman. Bagiku, tiada kebahagiaan yang lebih besar melainkan ketika mana hati ini diberi merasai kemanisan iman. MasyaAllah..sangat bahagia.

3 perkara yang membuahkan buah iman yang manis disantap oleh hati ini

Pertama, bersyukur apabila diberi nikmat.

Kedua, bersabar apabila ditimpa musibah

Ketiga, segera bertaubat apabila melakukan maksiat.

Inilah jalan pintas untuk mencapai kebahagiaan di dunia ini mahupun di akhirat. Sekiranya ketiga-tiga ini berkumpul didalam hati seseorang hambaNya, hambaNya itu pasti seorang yang sangat bahagia.

Tapi ya sahabat, walau ia jalan pintas, ia tetap sukar untuk melaluinya. Halangan dan duri tetap menunggu.Itulah lumrahnya. Mana seronok memburu jikalau tiada onak dan duri.

Moga aku yang dhaif ini peroleh bahagia yang ku cari ini.

“Ya Allah, anugerahkan aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orangtuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”

faqir ilallah
Taman Kemajuan
29 Safar 2012

bahagia

Best Blog Tips 3:40 PM 2 Comments

Bismillah.

Aku menziarahi satu demi persatu blog sahabat.

Aku membelek satu demi satu gambar sahabat.

Aku mengimbau satu demi satu peristiwa bersama sahabat. Suka dan duka.

Aku terseyum sendirian. Air mata mengalir. Rindu menebal. Sakit.

Namun, sakit inilah yang membuat aku bahagia.

Jujur, separuh kebahagiaan yang aku rasa dalam jiwaku adalah kernamu ya sahabat!

Aku rindu kalian!!

Indahnya ukhwah ini. Aku mohon sangat-sangat agar kita dipertemukan di syurga kelak.

Tiada ungkapan yang mampu mengambarkan saatku ni. Terima kasih sebab menjadi sebahagian dariku. Aku sangat menyayangi kalian.

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud

Khas buat sahabat QG & H


~sahabat kalian
Taman Kemajuan
28 safar 2012

Sebelum lelapnya malam

Best Blog Tips 12:24 AM 0 Comments



As Syahid Syed Qutb pernah melontarkan soal


Wahai saudaraku,apakah engkau sudah jemu berjuang?sekiranye engkau telah membuang senjata dari bahumu,maka siapakah yg akan mengubat luka-luka mereka yang terkorban,dan mengibarkan panji-panjiNya semula ??As-Syahid Syed Qutb

**

Ayuh,kita jawab "kitalah yang akan mengubat luka mereka yang terkorban dan kita jualah yang akan terus mengibar panji-panji tersebut tanpa jemu!!

**

Selamat malam sahabat-sahabat. Meski mata ini pejam melepas lelah, jangan sesekali kita pejamkan hati untuk terus berjuang. Moga esok bangkit dalam ketaatan padaNya.


**

Alangkah indahnya jika dapat tidur untuk selamanya sepertimana Saidina Hamzah dan dibangkitkan bersama Rasulullah...aku ingin begitu.... T_T

**

Doa tidur.

"Dengan nama engkau ya Allah, aku hidup dan mati"

**

lampu dipadamkan.


faqir ilallah
27 Safar 2012
Taman Kemajuan