Perkongsian : dilahirkan untuk orang lain

Best Blog Tips 9:25 PM

Bismillah walhamdulillah.

Semalam aku hadir dalam kuliah bulanan Ustaz Lutfi Arifin.

Beliau mensyarahkan kitab Riyadus Solihin. Alhamdulillah, aku terkesan dengan penyampaian malam itu. dengan membacakan hadis tentang sabar dalam berjuang, beliau dengan penjang lebar menghuraikannya penuh arif. Allahuakbar.

Aku juga tertarik dengan salah satu untaian bicaranya.

"Orang beriman dilahirkan bukan untuk dirinya tetapi untuk manusia lain."

Allahurabbi, betapa aku menyedari betapa kerdilnya aku untuk mencapai status orang beriman tersebut.

Orang beriman lahir atas kepentingan manusia marhaen lain bukan atas kepentingan dia. Mereka berjuang tanpa ada sedikit rasa hati mereka ingin mengaut keuntungan!

Jiwa mereka benar-benar tulus berjuang. Tiada lumpur riak dan cacat amalan mereka dengan tujuan yang batil.

Jiwa kerdilku berkata, aku mesti menjadi golongan itu!

29 April 2011
Kangar, Perlis

0 Catitan sahabat: