Istiqamah

Best Blog Tips 9:36 AM



Manusia selalu membuat tanggapan salah pada Hadis yang diriwayatkan al Imam al Bukhari, "amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”.

Bilamana mereka membaca hadis ini, mereka lebih senang melakukan amalan yang paling minima dan ringkas, atas alasan "sedikit tak mengapa, asalkan istiqamah" - sedang mereka ada kekuatan untuk melakukan lebih dari itu.

Pesan Ust Zainul Asri Ramli (Pak Long), manusia ini ada waktu kuat dan waktu lemah. Bila waktu kuat, buatlah amalan yang sebanyak mungkin. Bila lemah, jangan tinggalkan ia, sebaliknya ambil yang ringan.

Contoh, dhuha. Bila waktu kuat dan semangat, kerjakan 8 rakaat. Bila lemah atau malas menyerang, kerjakan 2 rakaat. Jangan tinggal dhuha! Ini yang istiqamah!

Berbeza dengan keadaan sekarang, waktu kuat dibuat 2 rakaat, di waktu lemah 2 rakaat itu sangat berat sehingga kadang2 Dhuha itu tertinggal.

Rugi. Rugi dunia, rugi akhirat. Allah berikan kesempatan, tapi kita mengabaikan kesempatan hingga kita menyesal di akhirat kelak.

Ketika menerima buku catatan pada ruangan dhuha, pasti timbul perasaan menyesal "kalaulah aku kerjakan lebih sedikit...kalaulah ini..dan kalaulah itu..."

Hari akhirat itu digelar Hari Penyesalan, kerana bukan sahaja ahli neraka menyesal akan dosanya, bahkan ahli syurga juga menyesal kerana dia mampu meninggikan darjatnya disyurga andai dia beramal lebih ketika dia punyai ruang untuk itu.

0 Catitan sahabat: