mereka juga diuji

Best Blog Tips 9:00 AM



ikhwah dan akhowat yang disayangi
betapa aku tahu getir dan sukar perjalanan ini
hingga air mata ini mengalir tanpa sedar menahannya
sakit..perit..celaru dan keliru..
tapi usahlah sesekali hati ini mengeluh walau sedikit
ingatlah sewaktu Khabbab Al Arat disiksa teruk
lalu berjumpa dengan sang nabi yang mulia dibawah bayangan Kaabah
"Ya Rasulullah, menangkanlah kami segera, bukankah doamu tiada hijab?"
lalu apa jawapan nabi ya akhi??

Sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam, kemudian didatangkan dengan sebilah gergaji diletakkan diatas kepalanya dan menggergaji sehingga dipotong dua, mereka yang disikat dengan sikat besi – sehingga bercerai daging dan tulangnya, tetapi perkara tersebut tidak dapat menghalangnya daripada agamanya, sesungguhnya Allah akan menebus perkara ini sehingga manusia boleh berpergian dari dunia ke negeri maut tanpa rasa takut kecuali kepada Allah. tetapi kamu termasuk mereka yang tergesa-gesa.

nah!
bersabarlah wahai sahabat.
bersabarlah sepertimana keluarga Yassir
bersabarlah sepertimana Bilal Bin Rabah
di sana ada nikmat yang menghilangkan segala derita ini
redha Ilahi-itulah yang kita inginkan!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

25 Dis 2011
Taman Kemajuan.

3 Catitan sahabat:

alFarafisyah said...

~insyaAllah...moga pejuang-pejuang agama Allah ini akan terus thabat. Sesungguhnya begitu ramai umat yang masih memerlukan bimbingan dan tarbiyah.

Abd Razak said...

Kedekatan dengan Yang Maha Pencipta, lebih banyak sabar diperolehi

fatinndhrah said...

Assalam.
Mohon izin untuk copy ye.
jzkk..