mari buat duit

Best Blog Tips 6:24 PM

Bismillah walhamdulillah

Tajuk gempak? atau bermata duitan?

Ikutlah apa yang ditafsirkan, cuma duit juga penting untuk hidup mentaatiNya. manakan tidak, Rasulullah SAW amat bimbang umatnya manjadi kufur akibat kefaqiran.

Baik sahabat, antara petua menambahkan untuk rezeki ada tiga. Sedekah, selawat dan dhuha.

Sedekah atau derma adalah satu pemberian yang Allah akan membalas dengan pelbagai ganjaran besar.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al Baqarah : 261)

Banyak lagi ganjaran lain yang disebutkan oleh Allah dan Rasulillah SAW. tetapi malangnya besar umatnya tidak yakin dengan janji-janji ini. oh ruginya mereka!

Kedua,berselawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Disamping selawat yang kita ungkapkan itu menjadi syafaat kepada kita hari akhir nanti, ia juga membawa kebaikan didunia ini. murah rezeki itu pasti.

Dan solat sunat dhuha adalah pengikat rezeki. Pesan ustaz aku, jangan ditinggalkan 2 solat sunat ini, iaitu solat tahajud dan solat dhuha. Tahajud adalah pengikat hati padaNya, dhuha pula pengikat rezeki.

Ini doanya.

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Istiqamahlah!

Terakhir, ikhtiar dan berdoalah agar diberikan rezeki yang halal. Pasti Allah akan campakkan rezeki itu dari ruang yang kita tak sedari.

Oh ya, rezeki itu boleh datang pelbagai. bukan sekadar bentuk duit. hati yang lapang walau dihimpit masa yang terhad juga rezeki dari Ilahi. =)


2 Mei 2011
Kangar, Perlis

1 Catitan sahabat:

Unknown said...

tengok tajuk terus buka blog ni...fikir nak ajak buat bisnes online...ternyata aku memang mata duitan..huhuhu

InsyaALLAh...akan berusaha amalkannya..khususnya solat dhuha..amat payah utk dikerjakan time ofis hour(alasan bagi orng yg malas sepertiku)

thnx for sharing