Bacalah dengan Nama Tuhanmu

Best Blog Tips 7:12 AM

Penyuluh kehidupan~


Bismillah walhamdulillah.

Sudahkah lidahmu menuturkan kalamNya hari ini?

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.-( Hadith Riwayat Muslim)

“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran”.-( Hadith Riwayat Muslim )

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.- (Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi)

Betapa besar dan hebat ganjaran yang Allah kurniakan untuk ahli Quran. Alangkah rugi dan malang bagi mereka yang meninggalkannya.Malang yang menjerumus ke neraka Jahannam. Nauzubillahi minzalik.

Dan baginda juga pernah bersabda,

“Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.-( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )

Kalian yang mana? =)

~menunggu cahaya
02 Nov 2011
Bumi Wakafan Madi

0 Catitan sahabat: