Antara arak dan madu

Best Blog Tips 9:48 PM

Bismillah.

Sahabat, pernah pada suatu hari, Saiyidina Umar Al-Khatab meronda di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa bekas air.

Pemuda itu menyembunyikan bekas itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Umar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya,

"Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Umar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar,

"Madu, ya Amirul Mukminin"

Walhal benda itu ialah arak. Sewaktu itu jua timbul dari sanubarinya untuk bertaubat kepada Allah atas segala yang dilakukannya. Keinsafan ini lahir lalu dia berdoa kepada Allah agar Umar tidak mengesyakinya dan memeriksa bekas tadi.

Namun, Saiyidina Umar tetap curiga melihat keadaan pemuda tersebut dan ingin melihat sendiri isi bekas tersebut. Gementar si lelaki itu.

Dihulurkan perlahan-lahan kepada Umar. Hatinya pasrah.

Apabila Umar melihat isi bekas tersebut, Umar berkata,

"Ya, kau berkata benar."

Terkejut bukan kepalang pemuda itu.Rupanya Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi bekas itu kepada madu.

Saat itu, sang pemuda bertaubat dan tidak lagi menyentuh minuman yang diharamkan.

Begitulah sahabat, ikhlaskan hati dalam mengungkap taubat kepada Allah. Aku tahu, betapa sukarnya diri ini untuk berhijrah meinggalkan maksiat, namun yakinlah, Allah akan membantu hambaNya yang ikhlas.

faqir ilallah
Taman Kemajuan
11 Rabiul Awal 1433H

1 Catitan sahabat:

Nazihah@Jiha said...

Allahuakbar..

Allah love His servant..