Mencari keabadian cinta

Best Blog Tips 7:51 AM




Aku bukan manusia yang sempurna cinta akan Rasulillah SAW.

Itu terpaksa aku akui. Dhaifnya iman ini. Namun tak bermakna aku tidak mahu mencintai baginda, bahkan sedang aku usaha arahkan segala cinta yang berkumpul di hati gersang ini agar bersatu mencintai baginda SAW melebihi yang lain.

"Allahumma solli ala Muhammad.."

Betapa aku tahu, sukarnya mendapat cinta itu. Meski rindu untuk bertemu baginda dihati ini kian membengkak, namun aku rasakan hinanya diri ini dan tidak layak aku untuk bertemu baginda yang mulia walau dalam mimpi sekalipun. Dosa yang terpalit mengotorkan rindu itu. Ampunkan dosaku ya Allah...

**

Kata guruku, tanda mencintai Nabi ialah mencintai apa yang dicintai baginda SAW.

Antara apa yang Nabi cintai kata guruku lagi, ialah solat berjamaah.

Terimbau aku akan kata-kata seorang lagi guruku di Terengganu,

"Jika ditanya pada saya mengenai hukum solat berjamaah, walau di dalam mazhab kita ( Syafie) tidak mewajibkan, tetapi saya akan katakan wajib (kepada ahli gerakan). Mana mungkin kita yang mendabik dada mencintai Rasulullah,memikul risalah berat ini, tetapi mengambil ringan akan apa yang dicintai baginda!"

**

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, `Sungguh aku punya keinginan untuk memerintahkan shalat dan didirikan, lalu aku memerintahkan satu orang untuk jadi imam. Kemudian pergi bersamaku dengan beberapa orang membawa seikat kayu bakar menuju ke suatu kaum yang tidak ikut menghadiri shalat dan aku bakar rumah-rumah mereka dengan api.” (Hadis riwayat Bukhari)

Abdullah Bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya(uzur) daripada menyertai solah berjemaah maka solah yang dikerjakannya itu tidak akan diterima." Para sahabat bertanya,"Apakah uzur itu?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Takut atau sakit." (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa beliau telah ditanya mengenai seorang yang berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam tetapi tidak pergi mengerjakan solah berjemaah dan solah Jumaat.Beliau menjawab,"Dia ialah penghuni neraka." (Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

**

Sahabat, telitikanlah bait-bait kata manusia yang agung ini. Aku bukanlah manusia yang sempurna cintanya untuk memberi nasihat kepada kalian,bahkan aku lebih hina dari kalian, namun kerana aku cuba menyahut sunnahnya meski diriku dhaif, aku gagahi jua.

"sampaikanlah dariku walau satu ayat..." itulah pesanan Rasulillah SAW yang aku pasak dalam jiwa faqir ini.

Allahumma solli ala Muhammad.


faqir ilallah
Taman Kemajuan
15 Rabiul Awal 1433H

1 Catitan sahabat:

Ad-Dien said...

Alhamdulillah, satu perkongsian yang baik,..

semoga sntiasa istiqamah di jalan para salaful ummah..
jemput ke blog untuk menimba ilmu dan menyebarkanyya, insyaAllah