rendah diri

Best Blog Tips 2:57 PM



Bismillah.

Ikhwah yang ku kasihi, pernah suatu hari Salman Al-Farisi berjalan-jalan disebuah kota untuk melihat keadaan rakyatnya. Ketika itu, beliau adalah Gabenor negeri tersebut.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba beliau ditarik kasar oleh seorang rakyatnya yang tidak megenalinya untuk mengangkat sebuah karung besar sampai ke rumahnya.

Tanpa banyak soal Salman Al Farisi terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata kepada lelaki yang tidak mengenali Gabenor tersebut:

"Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini."

Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab:

"Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan".

Kedua rakyatnya kagum melihat ketinggian akhlak sahabat baginda SAW ini.

Ikhwah, itulah yang perlu kita pasak didalam jiwa faqir kita. Sedikitpun kita tidak akan hina pabila kita merendahkan diri, bahkan kemuliaan akan Allah ganjari di sisiNya kelak

faqir ilallah
bumi wakafan MADI
Feb 2012

0 Catitan sahabat: